Saturday, July 2, 2011

Hari Kedua puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 01

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 01
Tarikh | 01 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Hari pertama pengambaran dan sesi rehearsal untuk membuat sound check sebelum ‘shooting’ dimulakan pada pukul 3 petang. LEFTWINGS rehearsal laguOPERA HIDUP untuk babak pembukaan filem ini. Pada mulanya pelakon utama LEFTWINGS nampak kekok untuk beraksi di depan kamera. Ini adalah kali pertama mereka berlakon di depan kamera kecuali Aweera.

Rehearsal lagu OPERA HIDUP diulang 6 hingga 10 kali. Abang Chal hendak mencari shot yang terbaik dari pelbagai posisi. Kerjasama di antara krew di belakang tabir pembikinan LEFTWINGS juga sangat menggagumkan kerana masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan tanpa perlu diterangkan oleh abang Chal. Masing-masing tahu dan layan tugas masing-masing.

Shooting hari pertama ini menjadi milik Paly Rockstars yg bawa watak Shah, si drummer kerana berjaya memberikan lakonan yang mantap dan spontan mengikut kehendak abang Chal. Malah lakonannya yang spontan mengandungi elemen lawak ‘Usop Whilchar’ yang mana ia memberikan perasa tambahan di dalam adunan watak-watak filem LEFTWINGS.

Siapakah yang akan mencuri tumpuan esok? Adakah pelakon LEFTWINGS ataupun krew LEFTWINGS? Kita tunggu dan lihat…














Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment