Friday, July 1, 2011

Hari Kedua puluh Leftwings | Pembikinan set LEFTWINGS Part 01

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kedua puluh Leftwings | Pembikinan set LEFTWINGS
Tarikh | 30 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Fokus kali ini adalah mengenai pembikinan set studio LEFTWINGS dan juga potensi Zouladeq dan Wan Zaimie untuk mencipta lagu baru LEFTWINGS. Adakah ia akan dimasukkan ke dalam filem ini semuanya bergantung kepada usaha Zouladeq dan Wan Zaimie.

Di sebalik tabir pembikinan LEFTWINGS, ternyata bukan mudah untuk membikin sesebuah filem kerana ia menuntut disiplin dan komitmen padu dari semua krew yang terlibat di dalam pembikinan LEFTWINGS.

Melalui pemerhatian sepanjang pembikinan set, boleh dikatakan bukan senang untuk membikin set studio yang berskala besar dan juga menepati apa yang abang Nasir mahukan malah dekorasi dan juga pencahayaan memainkan peranan yang pentinig. Tetapi di atas kegigihan dan usaha krew yang bersungguh-sungguh merealisasikan apa yang abang Nasir mahukan untuk set studio ini, hasilnya agak menarik untuk dilihat.

Bagaimanakah agaknya rupa set studio jamming LEFTWINGS ini? Kita tunggu dan lihat nanti…











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment