Tuesday, June 28, 2011

Hari Ketujuh belas Leftwings | Latihan Tomoi dan Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Ketujuh belas Leftwings | Latihan Tomoi dan Rehearsal
Tarikh | 27 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Lagi 4 hari sebelum pengembaraan dimulakan dan debaran sudah mula dirasai di kalangan pelakon dan krew LEFTWINGS. Pagi ini dimulakan dengan sesi latihan tomoi di antara pelakon LEFTWINGS dan instructor Maszlin yang memantau serta melatih pelakon LEFTWINGS asas seni mempertahankan diri tomoi. Latihan berjalan dengan lancar di mana kesemua pelakon LEFTWINGS telah berjaya menguasai asas seni mempertahankan diri tomoi dan mereka hanya cuma perlu kerap berlatih gerakan asas tomoi yang akan digunakan di dalam babak pergaduhan LEFTWINGS.

Pada malamnya, sesi rehearsal dilakukan di bawah kendalian abang Sani di mana Aweera dan Shiqin Kamal diminta melakonkan babak konflik diantara mereka yang melibatkan band LEFTWINGS. Setakat ini, mereka masih belum dapat membina ‘chemistry’ yang dapat meyakinkan penonton bahawa mereka betul-betul adalah pasangan yang sedang bercinta.

Berjayakah hero dan heroin utama LEFTWINGS membina chemistry di antara mereka sebelum pengembaraan sebenar dimulakan? Lagi 4 hari lagi dan kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi esok…















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment