Saturday, June 18, 2011

Hari Ketujuh Leftwings | Sesi Rehearsal & Masuk Gudang

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Ketujuh Leftwings | Sesi Rehearsal & Masuk Gudang
Tarikh | 17 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang & Damansara

Hari ketujuh sesi latihan dan tinggal 13 hari lagi sebelum pengembaraan bermula. Tekanan tidak hanya dirasai oleh pelakon LEFTWINGS, malah krew di sebalik tabir turut merasai tekanannya.

Latihan dimulakan dengan meditasi untuk proses masuk watak dan abang Sani Sudin membuat kacau dengan membuat bunyi bising melalui petikan gitarnya untuk mengganggu fokus pelakon LEFTWINGS. Dan latihan dimulakan dengan pelakon diajar tentang ekspresi wajah dan tingkah laku semasa membuat sebarang ekspresi muka.

Abang Sani juga menegaskan tentang kepentingan watak sampingan. Walaupun watak sampingan merupakan watak tempelan di dalam drama ataupun filem, akan tetapi ia memainkan peranan penting untuk mencorakkan jalan cerita. Disebabkan itu, abang Sani dan abang Nasir begitu tegas semasa sesi rehearsal yang melibatkan watak sampingan. Diharap pelakon yang berlakon watak sampingan dapat memahami bahawa mereka juga  memainkan peranan yang besar di dalam filem LEFTWINGS ini.

Seterusnya latihan disambung dengan melakonkan babak band LEFTWINGS sedang jamming menyanyikan lagu Jerangkung Dalam Almari versi akustik. Pelakon LEFTWINGS dikritik oleh abang Sani dengan mengatakan mereka membuat persembahan tanpa sebarang persefahaman dan tiada jiwa rock semasa menyanyi.

Semoga mereka dapat mengatasi masalah ini dan juga berjaya menjiwai sepenuhnya lagu-lagu WINGS.

Pelakon lelaki yang sudah lama menceburi industri lakonan turut muncul di studio LEFTWINGS. Beliau adalah Faizal Hussein dan beliau juga sempat memberi nasihat dan tips bagaimana menjiwai watak yang diberi.

Latihan ditamatkan dengan sesi taklimat dari abang Chal dan pelakon LEFTWINGS telah berpindah lokasi di mana mereka akan berkampung di gudang untuk meningkatkan persefahaman di antara semua pelakon LEFTWINGS yang terlibat.

Berjayakah mereka? Tunggu dan saksikan…














Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Friday, June 17, 2011

Hari Keenam Leftwings | Sesi Lakonan Spontan

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Keenam Leftwings | Sesi Lakonan Spontan
Tarikh | 16 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang

Sudah masuk hari keenam dan tinggal lagi 14 hari sebelum pengambaraan dimulakan. Adakah pelakon LEFTWINGS sudah membuat homework dan kajian tentang watak mereka?

Latihan dimulakan dengan sesi meditasi untuk proses ‘masuk watak’ dan kali ini meditasi dilakukan secara santai tanpa sebarang cubaan sabotaj dari abang Sani Sudin. Seterusnya latihan dimulakan dengan lakonan spontan di mana semua pelakon LEFTWINGS dikehendaki melakonkan watak masing-masing secara spontan, malah dialog juga perlu direka sendiri secara spontan tanpa melihat skrip. Ini adalah untuk menguji samada mereka betul-betul sudah memahami watak mereka. Hasilnya, latihan lakonan spontan menjadi sesi latihan yang penuh dengan lawak kerana kebanyakan pelakon tersalah tafsir watak mereka.

Selepas latihan selesai, abang Chal mengadakan sesi diskusi dan mengkritik lakonan bersama pelakon LEFTWINGS. Para pelakon diminta memberikan pendapat mereka mengenai lakonan pelakon lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pelakon yang dikritik mengubah cara lakonan dan juga membantu memajukan tahap lakonan mereka melalui kritikan.

Rumusan hari ini, walaupun semua pelakon LEFTWINGS hampir berjaya ‘masuk watak’ tetapi mereka gagal berkomunikasi di antara satu sama lain melalui lakonan mereka seperti yang telah ditegur oleh abang Nasir.

Semoga teguran ini dapat membantu pelakon LEFTWINGS mengatasi kelemahan ini.













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Thursday, June 16, 2011

Hari Kelima Leftwings | Sesi Script Reading & Berlatih Cara Berlakon Yang Betul

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll

Hari Kelima Leftwings | Sesi Script Reading & Berlatih Cara Berlakon Yang Betul
Tarikh | 15 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang


Lagi 15 hari sebelum shooting LEFTWINGS dimulakan, perasaan takut dan tekanan dapat dirasai dari semua pelakon LEFTWINGS. Sebelum sesi latihan dimulakan, abang Sani menyuruh para pelakon bermeditasi bagi membantu mereka fokus di dalam latihan ini.

Abang Sani juga bertindak sebagai ‘tuk dalang’ dengan bertindak menghasut pelakon lain untuk mengganggu konsentrasi pelakon yang dipilih oleh abang Sani semasa sedang bermeditasi. Tujuan abang Sani berbuat demikian adalah untuk menguji samada pelakon yang dipilihnya betul-betul telah fokus semasa bermeditasi ataupun tidak.

Di samping itu, sesi luahan emosi turut diadakan untuk membolehkan para pelakon LEFTWINGS meluahkan ketidakpuasan hati mereka yang terpendam sejak dari hari pertama sesi latihan lagi. Ini bagi membolehkan pelakon LEFTWINGS kekal fokus dan tidak terfikir bukan-bukan akan perkara yang akan mengganggu latihan mereka.

Hari ini, para pelakon LEFTWINGS diajar asas latihan lakonan dan abang Sani mengajar mereka apakah gerakan yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa berlakon. Selain itu, para pelakon perlu ‘masuk watak’ semasa berlakon dan masih ada lagi yang belum dapat ‘feel’ dan ‘masuk watak’ sepenuhnya.

Abang Nasir juga turut menegur dengan mengatakan "Kalau kamu tak 'masuk watak', tak faham karektor watak kamu, penonton pun takkan faham apa yang kamu nak sampaikan menerusi lakonan kamu..."

Semoga mereka berjaya membaiki kelemahan ini di dalam tempoh 2 minggu. Masa sedang bergerak…











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Tekanan Mula Dirasai | Lagi 15 hari

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Lagi 15 hari lagi tarikh untuk pengambaraan LEFTWINGS dimulakan. Tekanan di kalangan pelakon LEFTWINGS yang pertama kali berlakon di dalam filem mula dapat dirasakan. Apa yang terbayang di dalam kepala mereka adalah, dapatkah mereka menghafal dialog watak mereka dalam masa dua minggu dan dapatkah mereka membina karektor watak mereka mengikut apa yang dimahukan oleh abang Chal dan abang Nasir?

Kita ada 2 minggu lagi sebelum pengambaraan dimulakan dan kebanyakan pelakon LEFTWINGS sudah mula bersiap sedia untuk menjalani latihan intensif di bawah kendalian abang Sani.

Berjayakah mereka melakukannya dalam masa 2 minggu? Kita tunggu dan lihat…


Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951