Saturday, August 13, 2011

Hari Kelima puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 35

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 35
Tarikh | 07 Ogos 2011
Lokasi | Damansara



Babak ini bertempat di sebuah chalet yang ditaja oleh Chalet Rimba Jinbara. Babak ini merupakan babak klip video Dino berdurasi 2 minit lebih yang mana ia menceritakan saat-saat Dino sedang mencipta lagu barunya, Kiri Kanan untuk LEFTWINGS.

Uniknya tentang klip video ini ialah ia tidak akan menunjukkan sepenuhnya lagu penuh Kiri Kanan. Ini bagi mencipta unsur saspen dan teruja di kalangan bakal penonton. Babak ini merupakan babak terakhir untuk filem ini dan ini bermaksud hari ini merupakan hari terakhir pengambaraan.

Pengambaraan berjalan dengan lancar dan ditamatkan dengan suasana yang riang dan gembira kerana berjaya menyiapkan filem ini selepas dua bulan lebih bekerja keras menyiapkannya. Tahniah kepada para pelakon dan krew LEFTWINGS yang terlibat di dalam pembikinan filem ini….  



















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kelima puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 34

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 34
Tarikh | 06 Ogos 2011
Lokasi | Kuala Lumpur



Babak ini dibuat di dua buah lokasi yang berlainan di Kuala Lumpur. Apa yang menariknya mengenai babak ini adalah ia merupakan babak penamat dan juga babak tambahan yang ditambah pada saat-saat terakhir untuk memberikan impak kepada filem ini dan juga menjawab persoalan yang membelenggu fikiran bakal penonton.

Babak ini akan menjawab segala persoalan dan juga menerangkan apakah yang sudah berlaku sebenarnya dengan LEFTWINGS. Nantikan tayangannya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai babak ini…

















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kelima puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 33

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 33
Tarikh | 05 Ogos 2011
Lokasi | ASWARA



Kali ini giliran LEFTWINGS membuat persembahan di ASWARA dan ini merupakan babak terakhir yang dibuat di ASWARA dan selepas ini babak terakhir akan dibuat di lokasi lain. Kali ini LEFTWINGS akan membuat persembahan dengan lagu yang  slow-rock ballad bertajuk Kiri Kanan yang dicipta oleh Dino dan Rizal manakala liriknya pula dicipta oleh anggota band LEFTWINGS.

LEFTWINGS tidak mempunyai masalah untuk babak ini dan mereka juga nampak enjoy bersama pelajar ASWARA yang turut terlibat sebagai pelakon tambahan untuk babak ini. Lagu baru LEFTWINGS ini agak sedap didengar dan tidak hairanlah sekiranya lagu ini meletup dan boleh pergi jauh selepas filem ini ditayangkan.

Good Luck kepada LEFTWINGS…
















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951