Saturday, July 9, 2011

Hari Kedua puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 07

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 07
Tarikh | 08 Julai 2011
Lokasi | Setapak

Pengambaraan dibuat di Setapak melibatkan Rizal dan Shah bertempat di sebuah gim seni mempertahankan diri milik instructor seni mempertahankan diri LEFTWINGS, Masz. Babak ini akan menceritakan apakah punca yang menyebabkan Rizal mengalami masalah jiwa kacau dan tertekan.

Babak ini terpaksa diulang beberapa kali memandangkan terdapat masalah timing di antara krew teknikal dan pelakon. Selain daripada itu, masalah pencahayaan yang gelap juga menyebabkan pengambaraan terpaksa ditunda selama sejam bagi membolehkan krew teknikal membetulkan semula set pencahayaan itu bagi diselaraskan dengan suasana di dalam gim tersebut.

Pengambaraan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan semoga esok semuanya berjalan lancar…










Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Friday, July 8, 2011

Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 06

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 06
Tarikh | 07 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Hari ini pengambaraan dibuat di Damansara, berlokasikan rumah golongan elit di mana ia akan menjadi sebuah set lokasi untuk babak Dino di dalam rumahnya. Walaupun begitu, hujan lebat semalam menyebabkan pengambaraan terpaksa ditunda lebih kurang 3 jam. Ini adalah demi mengelakkan peralatan set lighting rosak terkena hujan.

Selain dari itu, masalah ruangan yang terhad menyebabkan abang Chal terpaksa menggunakan kreativitinya untuk mencari shot yang sesuai untuk babak Dino. Para pelakon LEFTWINGS juga mengalami masalah untuk menyampaikan emosi menerusi lakonan mereka di dalam babak ini sedangkan babak ini adalah babak yang terpenting sekali untuk menunjukkan konflik mainan emosi yang melanda di antara LEFTWINGS dan Yana.

Gangguan bunyi bising dari luar juga menyebabkan pengambaraan terpaksa ditunda sekali lagi. Berkat pada kesabaran abang Chal dan krew filem LEFTWINGS, pengambaraan hari ini berjaya ditamatkan dengan lancarnya walaupun dilanda dengan banyak masalah yang di luar jangkaan. 

Semoga esok berjalan lancar tanpa sebarang masalah…















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Thursday, July 7, 2011

Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 05

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 05
Tarikh | 06 Julai 2011
Lokasi | Pandan Indah

Pengambaraan hari ini berlokasikan di sebuah kedai hand-phone di Pandan Indah di mana kedai itu akan menjadi set untuk Rizal (Wan) bekerja. Watak Rizal adalah seorang pekerja di kedai membaiki telefon bimbit dan babak ini adalah untuk memperkenalkan kehidupan peribadi Rizal kepada penonton bagi membolehkan penonton memahami dengan lebih mendalam mengenai watak dan konflik yang dialami oleh Rizal.

Disebabkan ruang yang terhad, maka abang Chal menggunakan kreativiti kedudukan kamera untuk mendapatkan shot yang terbaik untuk babak ini. Babak ini terpaksa diulang beberapa kali kerana abang Chal kurang berpuas hati dengan ekspresi muka Rizal yang tidak menunjukkan yang dia sedang di dalam keadaan jiwa kacau disebabkan oleh masalah peribadinya.

Selain dari itu, abang Sani juga turut berlakon di dalam filem ini sebagai Dol, seorang promoter konsert. Hari ini menjadi milik abang Sani kerana dia berjaya menunjukkan lakonan dan ekspresi muka yang lucu dan selamba semasa melakonkan wataknya. 

Ribuan terima kasih kepada pihak MBI dan Kafe Black & White di Pandan Indah kerana membenarkan LEFTWINGS menggunakan premis mereka sebagai set pengambaraan LEFTWINGS.

Esok, siapakah pelakon ataupun krew yang akan mencuri tumpuan esok? Kita tunggu dan lihat…

















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kedua puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 04

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 04
Tarikh | 05 Julai 2011
Lokasi | Ampang

Memandangkan semalam merupakan hari off-day kerana krew LEFTWINGS kepenatan terpaksa bekerja sehingga pukul 5 pagi. Hari ini ‘shooting’ bertempat di Ampang dan berlokasikan sebuah pejabat yang menjadi set untuk pejabat Dino bekerja. Syarikat penerbitan majalah Dino bernama Batu Golek Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang menerbitkan majalah batu (Rock) tempatan di mana Dino bekerja di sana bersama Purple.

Pengambaraan pada awalnya bermula dengan lancar sehinggalah krew LEFTWINGS mengalami masalah dengan gangguan bunyi dari motor dan kereta yang secara tiba-tiba memasuki kawasan set lokasi pengambaraan LEFTWINGS. Ini menyebabkan babak di mana Dino sampai lewat ke pejabatnya terpaksa diulang-ulang semula hampir 6 atau 7 kali.

Walaupun begitu, Dino berjaya menunjukkan lakonan yang memberasangkan di dalam satu babak penting yang menentukan haluan hidup Dino di dalam jalan cerita LEFTWINGS.

Esok, siapakah pelakon ataupun krew yang akan mencuri tumpuan esok? Kita tunggu dan lihat…




Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951