Saturday, August 6, 2011

Hari Kelima puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 32

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 32
Tarikh | 04 Ogos 2011
Lokasi | ASWARA

Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa kerana WINGS membuat kemunculan khas sekali lagi dan kali ini mereka akan membuat persembahan di ASWARA khas untuk babak ini. Tidak dinafikan WINGS membawa pengaruh yang sangat besar untuk babak ini kerana telah berjaya menarik perhatian pelajar ASWARA untuk menyertai babak ini sebagai pelakon tambahan dan di samping itu mereka juga dapat menikmati persembahan WINGS secara khas untuk mereka.

Pengambaraan kali ini berjalan dengan sangat lancar di mana semua pelakon, krew dan juga pelajar ASWARA sangat ‘enjoy’ dengan persembahan WINGS malah showmanship Awie WINGS juga sangat superb dan menghiburkan.























Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kelima puluh empat Leftwings | Shooting LEFTWINGS 31

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh empat Leftwings | Shooting LEFTWINGS 31
Tarikh | 03 Ogos 2011
Lokasi | ASWARA


Hari kedua berlokasikan di ASWARA pada pukul 8 pagi. Hari ini krew produksi LEFTWINGS mengalami masalah besar. Disebabkan sudah kesuntukan masa dan tinggal beberapa babak lagi untuk shooting ini habis, mereka telah mengubah sedikit jalan cerita ini dan juga peranan yang dlakonkan oleh para pelakon LEFTWINGS.


Kredit kepada pelajar ASWARA yang terlibat untuk menjayakan babak ini. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka :)














Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kelima puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 31

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kelima puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 31
Tarikh | 02 Ogos 2011
Lokasi | ASWARA

Pengambaraan kali ini dibuat di ASWARA, sebuah institut pengajian yang khusus di dalam kesenian samada di dalam persembahan, tarian, muzik ataupun seni halus. Babak hari ini melibatkan Ray dan Yana dan ia akan memaparkan kemesraan di antara kedua-dua watak ini.

Selain itu, para pelajar ASWARA juga turut terlibat sebagai pelakon tambahan di dalam babak ini. Komitmen mereka wajar diberikan pujian kerana mereka sanggup menunggu lama sementara krew teknikal menyiapkan set-up untuk babak ini.











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951