Saturday, July 30, 2011

Hari Keempat puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 26

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 26
Tarikh | 28 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pengambaraan kali ini berlokasikan di gudang LEFTWINGS dan babak ini melibatkan Ito Blues Gang sebagai Otai. Babak ini akan menceritakan siapakah sebenarnya Otai dan ia juga menceritakan mengenai permasalahan yang dihadapi oleh Dol yang merupakan kawan lama kepada Otai.

Babak ini mengalami banyak masalah kerana barangan props yang hilang dan tidak teratur dan ini menyebabkan Plan B terpaksa dilancarkan dengan mengubah sedikit props set untuk babak Otai. Masalah ini juga menyebabkan babak ini terpaksa ditangguh dan dibuat pada keesokan harinya.

Sejauh manakah babak ini dapat diselesaikan? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Friday, July 29, 2011

Hari Keempat puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 25

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 25
Tarikh | 27 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Hari ini adalah pengambaraan yang melibatkan aksi di antara geng LEFTWINGS dan juga geng Tijoe. Babak ini boleh dikatakan amat menarik kerana ia menjadi titik kemuncak persengketaan di antara LEFTWINGS dan geng Tijoe dan ia juga akan menunjukkan penamat yang dialami oleh mereka di dalam babak ini.

Pada mulanya babak ini agak kelam-kabut dengan kebanyakan pelakon terlalu terburu-buru dan gagal menyeimbangkan aksi yang manakah yang perlu didahulukan. Disebabkan itu, abang Chal memilih untuk mengetengahkan aksi setiap pelakon mengikut turutan syot agar babak ini tidak terlalu berserabut.

Setiap syot perlu diulang banyak kali take kerana ada kalanya aksi mereka terlalu laju dan adakalanya terlalu perlahan ataupun aksi mereka tidak mencapai apa yang abang Chal  mahukan. Walaupun begitu, pujian wajar diberikan kepada Ebi yang berlakon sebagai Anton kerana lakonan spontannya begitu berjaya dan nampak realistik. Disebabkan itu, babak Ebi tidak mengambil banyak take. Hanya sekali atau dua kali take sudah berjaya mencapai apa yang abang Chal mahukan. Tahniah Ebi…

Bagaimana agaknya babak esok? Kita tunggu dan lihat nanti…























Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Keempat puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 24

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 24
Tarikh | 26 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Babak hari ini melibatkan Rizal dan Shah dan berlokasikan di Kelas Latihan Tomoi. Babak ini akan menceritakan tentang tekanan yang dihadapi oleh Rizal kerana masih gagal menemui adiknya dan Rizal juga risau ada apa-apa yang terjadi pada adiknya.

Selain dari itu, babak ini juga akan menjadi salah satu dari babak pembukaan dengan memaparkan aksi Shah sedang menunjukkan aksi tomoi sambil diiringi oleh instructor dia yang bermain dram sebagai lagu pembukaan untuk Shah mempersembahkan aksi tomoi kepada penonton.

Bagaimana agaknya babak pembukaan Shah ini? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Thursday, July 28, 2011

Hari Keempat puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 23

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 23
Tarikh | 25 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Babak hari ini melibatkan Tijoe dan Rita dan berlokasikan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Selain daripada itu, Nasha Aziz, Faizal Hussein dan juga Riezman turut membuat kemunculan khas di dalam babak ini. Nasha Aziz berlakon sebagai Sam, watak seorang ibu ayam yang terlibat di dalam sindiket pelacuran kanak-kanak bawah umur dan pengedaran pil khayal.

Babak ini menguji kredibiliti Fiffy Natasya sebagai Rita dan seberapa jauhkah kemampuan dia untuk melakonkan Rita yang hidup liar dan mengamalkan pergaulan bebas. Selain daripada itu, lakonan Nasha Aziz jarang menghampakan dan di dalam babak ini, beliau berjaya melaksanakan tugasnya sebagai Sam. Lakonannya begitu realistik dan tidak mengecewakan.

Bagaimanakah watak yang dibawakan oleh Sam dan Rita? Semuanya akan terjawab melalui babak ini.. Tunggu dan lihat saja nanti…

















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951