Monday, June 13, 2011

Nasir Jani | Penulis Skrip LEFTWINGS

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Nasir Jani merupakan seorang tokoh yang terkenal di dalam industri hiburan di sekitar tahun 80-an. Beliau merupakan seorang pengarah berkaliber yang ikhlas memperjuangkan karya beliau dan juga seorang yang lantang bersuara menyuarakan pendapat beliau.

Filem Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87 merupakan dua filem arahan beliau setakat ini yang mencetuskan fenomena dan meninggalkan  impak yang mendalam di dalam jiwa remaja pada era tersebut kerana filem arahan beliau mewakili naluri dan jiwa remaja yang memberontak dan inginkan kebebasan di dalam berkarya dan hidup.

Karya beliau boleh dikatakan lari dari definisi nilai-nilai normal kemasyarakatan serta bebas dari konsep ortodoks masyarakat pada masa itu.

Prinsip beliau adalah “…Biar masyarakat sendiri yang menilai karya aku kerana aku adalah pengarah filem, pencipta dan pengkarya…”

Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment