Saturday, June 25, 2011

Hari Keempat belas Leftwings | Rehearsal dan latihan tomoi

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Keempat belas Leftwings | Rehearsal dan latihan tomoi
Tarikh | 24 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Sesi rehearsal dan latihan tomoi kali ini tidak dapat dilakukan memandangkan watak utama LEFTWINGS masih di dalam keadaan sakit-sakit satu badan selepas berlatih latihan asas tomoi semalam. Disebabkan itu, abang Chal menasihatkan pelakon LEFTWINGS untuk berehat selama satu hari dan latihan akan disambung pada keesokan harinya.

Disebabkan itu, abang Sani hanya mengadakan sesi diskusi watak dan ‘improvasi’kan dialog secara santai bersama pelakon LEFTWINGS. Semoga pelakon utama LEFTWINGS dapat kemabli beraksi dengan segera pada keesokan hari sebab tanpa mereka, latihan rehearsal LEFTWINGS tidak dapat dijalankan…

Kita tunggu dan lihat esok…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Friday, June 24, 2011

Hari Ketiga belas Leftwings | Mesyuarat bersama Encik Goh dan pembinaan set studio LEFTWINGS

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll

 
Hari Ketiga belas Leftwings | Mesyuarat bersama Encik Goh dan pembinaan set studio LEFTWINGS
Tarikh | 23 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari ini mesyuarat diadakan bersama Encik Goh, bakal penaja yang akan menaja alat muzik untuk studio jamming LEFTWINGS yang di dalam proses pembikinan. Perbincangan berlangsung agak lama dengan abang Chal, abang Nasir dan encik Goh saling bertukar pendapat dan idea tentang alat muzik jenama dan jenis apakah yang sesuai untuk diletakkan di dalam gudang tersebut. 

Mesyuarat tamat dengan encik Goh bersetuju untuk menaja alat muzik untuk LEFTWINGS dan selain dari itu, pembikinan studio jamming LEFTWINGS berada di dalam fasa kedua di mana rangka asas studio LEFTWINGS sudah disiapkan dan bakal memasuki fasa ketiga keesokan harinya.

Sejauh manakah perkembangan proses pembinaan studio LEFTWINGS ini? Kita tunggu dan lihat…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Ketiga belas Leftwings | Training Tomoi

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Ketiga belas Leftwings | Training Tomoi
Tarikh | 23 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari ini pelakon LEFTWINGS berehat dari latihan lakonan. Walaupun begitu, mereka tidak boleh relaks kerana terdapat kejutan untuk mereka. Kejutannya adalah mereka dikehendaki berlatih seni mempertahankan diri, ‘Tomoi’ untuk babak bergaduh di dalam LEFTWINGS.

Memandangkan abang Nasir inginkan lakonan yang realistic, maka khidmat ‘stuntman’ tidak digunakan di dalam filem ini dan semua pelakon dikehendaki melakonkan sendiri babak yang melibatkan aktiviti lasak.

Pelakon LEFTWINGS dilatih oleh Maszlin, ‘instructor’ FMS yang mahir di dalam semua jenis ilmu mempertahankan diri. Mereka dilatih asas untuk mempertahankan diri bagi membiasakan badan mereka dengan gerakan-gerakan tomoi.

Walaupun hanya Paly Rockstars sahaja yang melakonkan watak yang mahir di dalam seni mempertahankan diri, Tomoi. Akan tetapi, kesemua pelakon LEFTWINGS dikehendaki terlibat sekali untuk menambahkan stamina mereka kerana banyak babak yang memerlukan mereka beraksi lasak.

Mampukah mereka bertahan dengan latihan fizikal yang keras ini memandangkan mereka ‘pengsan’ pada latihan hari pertama. Kita tunggu dan lihat….













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kedua belas Leftwings | Pembinaan set studio LEFTWINGS

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kedua belas Leftwings | Pembinaan set studio LEFTWINGS
Tarikh | 22 Jun 2011      
Lokasi | Damansara

Selepas mesyuarat yang diadakan pada hari tersebut, ‘production team’ telah bersetuju untuk menggunakan konsep yang diminta oleh Nasir Jani dan Chal dan proses mengecat gudang telah dijalankan sebagai langkah pertama pembinaan set studio sebelum meneruskan ke langkah kedua iaitu membina pentas asas set studio jamming LEFTWINGS yang mana ia akan menjadi nadi utama jalan cerita LEFTWINGS.

Sejauh manakah perkembangan proses pembinaan studio LEFTWINGS ini? Kita tunggu dan lihat…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Thursday, June 23, 2011

Hari Kedua belas Leftwings | Scene Briefing

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua belas Leftwings | Scene Briefing
Tarikh | 22 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Tinggal seminggu lebih lagi sebelum pengambaraan LEFTWINGS dimulakan dan kali ini latihan rehearsal dikendalikan oleh abang Nasir. Abang Nasir mengambil serius mengenai filem ini dan kali ini pelakon LEFTWINGS diberi taklimat mengenai kepentingan filem ini kepada abang Nasir, abang Chal, krew LEFTWINGS dan juga kepada pelakon LEFTWINGS.

Latihan dimulakan dengan sesi meditasi dan juga asas lakonan di mana pelakon LEFTWINGS diminta berlakon watak buta seperti babak apek di dalam filem Ali Baba dan mereka dibawa mengelilingi gudang dengan keadaan mata tertutup.

Seterusnya abang Chal mengambil alih sesi latihan ini dengan memulakan taklimat dan penerangan terperinci mengenai setiap babak di dalam filem LEFTWINGS ini. Ini bertujuan agar para pelakon LEFTWINGS dapat memahami dan membayangkan senario babak tersebut melalui penerangan abang Chal. Sesi ini berlangsung dengan agak lama sekali sehingga pukul 6 pagi. Ini adalah penting supaya pelakon LEFTWINGS dapat menterjemahkan babak tersebut melalui lakonan mereka.

Paly Rockstars juga diberikan latihan intensif fizikal untuk wataknya sebagai Shah yang mahir dalam seni bela diri Tomoi. Paly dilatih oleh jurulatih tomoi yang dijemput khas untuk melatih pelakon LEFTWINGS di dalam babak pergaduhan. Ini adalah demi menjadikan babak ini nampak ‘real’ dan tidak dibuat-buat.

Berjayakah setiap pelakon LEFTWINGS menguasai watak masing-masing? Kita tunggu dan lihat…












Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951