Friday, July 22, 2011

Hari Ketiga puluh sembilan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 17

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Ketiga puluh sembilan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 17
Tarikh | 19 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Pengambaraan hari ini melibatkan babak di antara ahli keluarga Rizal dan babak ini menceritakan mengenai konflik yang dialami oleh Rizal mengenai adiknya, Rita yang dilakonkan oleh Fiffy Natasya.

Babak di rumah flet di sekitar kawasan perumahan Kuala Lumpur merupakan babak yang paling sukar kerana ruangnya yang terhad dan ini mengehadkan pilihan syot yang boleh dipakai untuk babak ini. Disebabkan itu, abang Chal menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan syot yang boleh digunakan di ruangan yang terhad.

Selain dari itu, hasil dari tunjuk ajar dua veteran di dalam industri lakonan telah membantu meningkatkan kemahiran lakonan Rizal (Wan) dan ini dapat dilihat melalui peningkatan mimik ekspresi dan lakonnya. Babak hari ini berjalan dengan lancar tanpa perlu mengambil banyak ‘’take’.

Semoga pengambaraan esok berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
























Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment