Friday, July 22, 2011

Hari Keempat puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 19

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 19
Tarikh | 21 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Pengambaraan pada malam ini berlokasikan di sebuah kelab malam di ibu kota Kuala Lumpur. Babak ini melibatkan aksi kejar-mengejar di antara Rizal dan rakan LEFTWING-nya mengejar Tijoe dan gengnya demi menyelamatkan adiknya Rita.

Pengambaraan mengalami kesukaran dengan pemilik sebuah restoran enggan membenarkan produksi LEFTWINGS menggunakan premisnya walaupun sekejap dan ini menyebabkan sedikit perubahan terpaksa dibuat. Hasil dari perbincangan antara abang Chal dan abang Nasir, penyelesaian berjaya dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu, gangguan dari orang luar yang lalu lalang serta mereka yang tersengaja ‘enter frame’ babak ini teramatlah menguji kesabaran dan banyak take yang perlu diambil bagi mencapai kesempurnaan yang abang Chal mahukan.

Walaupun begitu, babak ini berjaya dihabiskan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah besar dan hasilnya tidak mengecewakan.















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Keempat puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 18

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 18
Tarikh | 20 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Hari ini, LEFTWINGS akan melakonkan babak aksi pergaduhan melibatkan Rizal (Wan), Shah (Paly) dan juga Tijoe (Azrul Anwar) serta gengnya. Babak yang melibatkan aksi kejar-mengejar di antara Tijoe serta Rizal dan Paly merupakan babak yang sukar untuk disiapkan kerana selain dari mengejar, ia juga disulami dengan koreografi aksi.

Melalui babak ini, kita dapat melihat Tijoe, Rizal, Shah and dua geng Tijoe mempamerkan aksi bergaduh mereka. Pada mulanya babak ini nampak mudah, akan tetapi apabila mengambil close-up syot, kesukaran mula dapat dilihat disebabkan masalah timing, masalah salah aksi, masalah gagal memberikan impak seperti yang abang Chal mahukan.

Abang Chal sangat mementingkan ketelitian dan kesempurnaan setiap syot untuk babak ini dan oleh itu, Rizal, Shah, Tijoe serta dua gengnya bekerja keras memberikan lakonan terbaik mereka sehingga habis lebam-lebam dan sakit-sakit badan mereka semasa membuat aksi stunt yang sukar.

Kredit harus diberikan kepada mereka kerana walaupun aksi itu sangat sukar untuk dibuat, akan tetapi mereka sanggup melakukannya demi membuatkan lakonan mereka nampak realistik.

Semoga pengambaraan esok berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Ketiga puluh sembilan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 17

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Ketiga puluh sembilan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 17
Tarikh | 19 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Pengambaraan hari ini melibatkan babak di antara ahli keluarga Rizal dan babak ini menceritakan mengenai konflik yang dialami oleh Rizal mengenai adiknya, Rita yang dilakonkan oleh Fiffy Natasya.

Babak di rumah flet di sekitar kawasan perumahan Kuala Lumpur merupakan babak yang paling sukar kerana ruangnya yang terhad dan ini mengehadkan pilihan syot yang boleh dipakai untuk babak ini. Disebabkan itu, abang Chal menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan syot yang boleh digunakan di ruangan yang terhad.

Selain dari itu, hasil dari tunjuk ajar dua veteran di dalam industri lakonan telah membantu meningkatkan kemahiran lakonan Rizal (Wan) dan ini dapat dilihat melalui peningkatan mimik ekspresi dan lakonnya. Babak hari ini berjalan dengan lancar tanpa perlu mengambil banyak ‘’take’.

Semoga pengambaraan esok berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
























Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Wednesday, July 20, 2011

Hari Ketiga puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 16

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 16
Tarikh | 18 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Pengambaraan hari ini melibatkan babak di antara ahli band LEFTWINGS dan berlokasikan kawasan tepi jalan di Kuala Lumpur sebagai set pengambaraan untuk babak ini. Babak ini adalah yang paling sukar sekali kerana dialognya yang agak panjang dan juga masalah ‘lupa lagi’ di antara mereka.

Ini menyebabkan babak ini terpaksa diambil semula lebih 30 take yang mana ia menguji kesabaran krew di belakang tabir. Bak kata seorang pelakon yang sudah lama di dalam industri perfileman.

 “Jangan main-main semasa berlakon kerana sekali buat silap, ia akan mempengaruhi krew di sebalik tabir kerana filem melibatkan teamwork…” 















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951