Friday, July 22, 2011

Hari Keempat puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 18

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 18
Tarikh | 20 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Hari ini, LEFTWINGS akan melakonkan babak aksi pergaduhan melibatkan Rizal (Wan), Shah (Paly) dan juga Tijoe (Azrul Anwar) serta gengnya. Babak yang melibatkan aksi kejar-mengejar di antara Tijoe serta Rizal dan Paly merupakan babak yang sukar untuk disiapkan kerana selain dari mengejar, ia juga disulami dengan koreografi aksi.

Melalui babak ini, kita dapat melihat Tijoe, Rizal, Shah and dua geng Tijoe mempamerkan aksi bergaduh mereka. Pada mulanya babak ini nampak mudah, akan tetapi apabila mengambil close-up syot, kesukaran mula dapat dilihat disebabkan masalah timing, masalah salah aksi, masalah gagal memberikan impak seperti yang abang Chal mahukan.

Abang Chal sangat mementingkan ketelitian dan kesempurnaan setiap syot untuk babak ini dan oleh itu, Rizal, Shah, Tijoe serta dua gengnya bekerja keras memberikan lakonan terbaik mereka sehingga habis lebam-lebam dan sakit-sakit badan mereka semasa membuat aksi stunt yang sukar.

Kredit harus diberikan kepada mereka kerana walaupun aksi itu sangat sukar untuk dibuat, akan tetapi mereka sanggup melakukannya demi membuatkan lakonan mereka nampak realistik.

Semoga pengambaraan esok berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment