Monday, July 18, 2011

Hari Ketiga puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 14

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 14
Tarikh | 16 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pengambaraan hari ini melibatkan empat babak yang perlu dihabiskan dalam masa satu hari. Ini adalah untuk mengelakkan pengambaraan ini lari dari jadual yang telah ditetapkan dan juga untuk mengelakkan konti lari. Disebabkan itu, pengambaraan bermula dari pagi sehingga subuh. Tekanan juga dirasai oleh pelakon utama LEFTWINGS kerana mereka perlu menghafal banyak dialog untuk 4 babak.

Disebabkan itu, ke mana sahaja mereka pergi mereka sentiasa membawa buku skrip dan menghafal dialog watak mereka walaupun semasa tengah makan. Begitu tinggi sekali komitmen mereka untuk menjayakan babak hari ini.

Selain daripada itu, pelakon dan krew LEFTWINGS juga sering membuat lawak bagi menghilangkan tekanan yang mereka hadapi. Ini merupakan satu perbuatan yang positif kerana tekanan yang melampau akan menjejaskan mutu lakonan mereka dan juga mood semua krew yang bertindak sebagai kumpulan untuk menjayakan filem ini.

Pengambaraan hari ini berjalan dengan lancar tetapi baimana agaknya esok? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment