Monday, July 18, 2011

Hari Ketiga puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 14 (Babak Bergaduh)

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 14 (Babak Bergaduh)
Tarikh | 16 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pengambaraan pada waktu malamnya melibatkan babak yang perlu menggunakan banyak tenaga kerana Paly dan juga dua pelakon tambahan perlu bergaduh di dalam babak ini. Bukan mudah sebenarnya untuk membuat babak aksi kerana timing itu penting untuk mendapatkan syot yang boleh menarik perhatian penonton untuk terus menonton babak ini.

Babak ini terpaksa diulang banyak kali kerana terdapat aksi pukul dan sepak terajang yang nampak sangat palsu dan dibuat-buat dan disebabkan itu, ia perlu diulang sekali lagi bagi mendapatkan perasaan yang sebenar.

Pujian wajar diberikan kepada Paly dan juga dua pelakon tambahan yang memberikan komitmen untuk menjayakan babak ini walaupun mereka terpaksa mengulang banyak kali babak ini sehingga mencapai standard yang dimahukan oleh abang Chal. Lebam-lebam satu badan pun, tapi berbaloi sebab hasilnya tidak mengecewakan.














Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment