Friday, July 22, 2011

Hari Keempat puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 19

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 19
Tarikh | 21 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Pengambaraan pada malam ini berlokasikan di sebuah kelab malam di ibu kota Kuala Lumpur. Babak ini melibatkan aksi kejar-mengejar di antara Rizal dan rakan LEFTWING-nya mengejar Tijoe dan gengnya demi menyelamatkan adiknya Rita.

Pengambaraan mengalami kesukaran dengan pemilik sebuah restoran enggan membenarkan produksi LEFTWINGS menggunakan premisnya walaupun sekejap dan ini menyebabkan sedikit perubahan terpaksa dibuat. Hasil dari perbincangan antara abang Chal dan abang Nasir, penyelesaian berjaya dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu, gangguan dari orang luar yang lalu lalang serta mereka yang tersengaja ‘enter frame’ babak ini teramatlah menguji kesabaran dan banyak take yang perlu diambil bagi mencapai kesempurnaan yang abang Chal mahukan.

Walaupun begitu, babak ini berjaya dihabiskan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah besar dan hasilnya tidak mengecewakan.















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment