Sunday, July 24, 2011

Hari Keempat puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 20

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 20
Tarikh | 22 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Pengambaraan disambung balik di gudang LEFTWINGS dan hari ini krew produksi perlu menyiapkan 4 babak yang tidak sempat dibuat pada hari yang dijadualkan. Pengambaraan bermula pada pukul 10 pagi dan kebanyakan krew mengalami masalah tidak cukup tidur, demam dan juga kurang tumpuan. Walaupun begitu, mereka tetap memberikan komitmen untuk menyiapkan babak ini agar tidak melanggar date-line yang telah ditetapkan sebelum pengambaraan bermula.

Babak hari ini melibatkan LEFTWINGS dan juga Otai dan semuanya berlokasikan di gudang LEFTWINGS. Keempat-empat anggota LEFTWINGS juga mengambil masa yang lama untuk berbincang dan menghafal dialog watak diantara mereka kerana mereka perlu membina mood yang berbeza-beza untuk 4 babak hari ini. Ini merupakan satu cabaran besar terhadap mereka dan mereka berjaya menyempurnakannya.

Bagaimana agaknya pengambaraan esok? Kita tunggu dan lihat nanti…














Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment