Monday, July 25, 2011

Hari Keempat puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 21

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



 
Hari Keempat puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 21
Tarikh | 23 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Lokasi pengambaraan hari ini adalah di Bukit Bintang melibatkan babak di antara Tijoe, Rita serta geng mereka. Guess What? Bukit Bintang dipenuhi dengan puluhan rakyat Malaysia yang tertanya-tanya apa yang kami sedang buat. Dan mereka juga ingin mengetahui pengambaraan apakah yang sedang kami buat.

Pengambaraan mengambil masa yang lama kerana cuaca yang mendung dan juga kesesakan lalu lintas di Bukit Bintang. Walaupun begitu, masalah muncul apabila langit menjadi terlalu mendung dan akhirnya… Hujan turun. Pengambaraan tergendala selama satu jam lebih sebelum ia disambung.

Walaupun ditimpa masalah cuaca, ia tidak melemahkan semangat krew untuk menyiapkan babak ini dan syukur, akhirnya babak ini berjaya ditamatkan walaupun mengambil masa yang lama.

Bagaimana agaknya pengambaraan esok? Kita tunggu dan lihat nanti…



















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951


No comments:

Post a Comment