Thursday, July 28, 2011

Hari Keempat puluh empat Leftwings | Shooting LEFTWINGS 22 (Penampilan Khas)

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Keempat puluh empat Leftwings | Shooting LEFTWINGS 22 (Penampilan Khas)
Tarikh | 24 Julai 2011
Lokasi | Damansara


Babak hari ini merupakan satu babak yang paling istimewa kerana ia menggabungkan LEFTWINGS dan WINGS di dalam babak khas ini. LEFTWINGS akan jamming bersama WINGS dan ia juga turut disertai oleh Ito (Blues Gang).

Kemunculan WINGS di dalam babak ini menjadi titik penarik yang akan menarik perhatian penonton dan di samping itu ia juga turut menguji sejauh manakah kemampuan sebenar LEFTWINGS bermain muzik di sebalik bayang-bayang WINGS.

WINGS datang ke gudang LEFTWINGS bersama-sama pasukan produksi mereka yang akan bekerjasama dengan krew LEFTWINGS. Ini adalah demi membolehkan gabungan WINGS dan LEFTWINGS memberikan persembahan yang terbaik dan mantap.

Kesimpulan mengenai babak ini, WINGS berjaya membuktikan kenapa mereka layak diangkat sebagai band rock legenda. LEFTWINGS juga tidak mengecewakan walaupun ada part-part yang mereka gagal dan ter’kucil’ tetapi secara keseluruhannya, boleh dikatakan bagus ‘performance’ mereka. Perjalanan LEFTWINGS masih panjang lagi sekiranya mereka ingin menjadi sehebat band WINGS…

Persoalannya, sejauh manakah kemampuan sebenar LEFTWINGS di  dalam filem ini? Semuanya akan terjawab menerusi babak ini…





















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment