Wednesday, July 20, 2011

Hari Ketiga puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 15

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Ketiga puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 15
Tarikh | 17 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pengambaraan hari ini member peluang kepada Ebi AF5 untuk membuktikan kemampuan sebenarnya sebagai penyanyi versatile yang mempu menyanyikan pelbagai jenis genre lagu. Kali ini Ebi diberikan tugas yang paling sukar, iaitu menyanyikan lagu Blues sambil diiringi oleh Ito Blues Gang.
Walaupun diberikan tugas yang sangat sukar, akan tetapi Ebi berjaya menyempurnakan tugasnya dan dia juga berjaya menghayati lagu Blues yang merupakan lagu akar umbi kepada teras genre Rock & Roll. Pendek kata, kalau hendak faham muzik Rock, kena faham juga genre muzik Blues.

Selain daripada itu, Joe WINGS membuat kejutan datang ke gudang studio latihan LEFTWINGS. Tujuan beliau datang ke gudang tersebut adalah untuk melawat abang Chal dan abang Nasir dan di samping itu, dia juga ingin melihat sejauh mana kehebatan Dino dan Rizal di dalam skill menggoreng gitar. Malang sekali Purple tidak turut serta, kalau tidak boleh juga Purple berikan kejutan kepada Joe WINGS dengan petikan gitarnya yang ganas.

Dino dan Rizal juga boleh dikatakan bertuah kerana Joe WINGS sudi berkongsi ilmu tentang cara yang betul untuk mencari ‘sound’ gitar yang sedap dan juga berkongsi serba sedikit pengalamannya sebagai gitaris.

Pengambaraan berjalan lancar tanpa banyak masalah yang muncul dan semoga pengambaraan esok berjalan dengan lancar.














Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment