Friday, June 24, 2011

Hari Ketiga belas Leftwings | Mesyuarat bersama Encik Goh dan pembinaan set studio LEFTWINGS

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll

 
Hari Ketiga belas Leftwings | Mesyuarat bersama Encik Goh dan pembinaan set studio LEFTWINGS
Tarikh | 23 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari ini mesyuarat diadakan bersama Encik Goh, bakal penaja yang akan menaja alat muzik untuk studio jamming LEFTWINGS yang di dalam proses pembikinan. Perbincangan berlangsung agak lama dengan abang Chal, abang Nasir dan encik Goh saling bertukar pendapat dan idea tentang alat muzik jenama dan jenis apakah yang sesuai untuk diletakkan di dalam gudang tersebut. 

Mesyuarat tamat dengan encik Goh bersetuju untuk menaja alat muzik untuk LEFTWINGS dan selain dari itu, pembikinan studio jamming LEFTWINGS berada di dalam fasa kedua di mana rangka asas studio LEFTWINGS sudah disiapkan dan bakal memasuki fasa ketiga keesokan harinya.

Sejauh manakah perkembangan proses pembinaan studio LEFTWINGS ini? Kita tunggu dan lihat…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment