Friday, June 24, 2011

Hari Ketiga belas Leftwings | Training Tomoi

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Ketiga belas Leftwings | Training Tomoi
Tarikh | 23 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari ini pelakon LEFTWINGS berehat dari latihan lakonan. Walaupun begitu, mereka tidak boleh relaks kerana terdapat kejutan untuk mereka. Kejutannya adalah mereka dikehendaki berlatih seni mempertahankan diri, ‘Tomoi’ untuk babak bergaduh di dalam LEFTWINGS.

Memandangkan abang Nasir inginkan lakonan yang realistic, maka khidmat ‘stuntman’ tidak digunakan di dalam filem ini dan semua pelakon dikehendaki melakonkan sendiri babak yang melibatkan aktiviti lasak.

Pelakon LEFTWINGS dilatih oleh Maszlin, ‘instructor’ FMS yang mahir di dalam semua jenis ilmu mempertahankan diri. Mereka dilatih asas untuk mempertahankan diri bagi membiasakan badan mereka dengan gerakan-gerakan tomoi.

Walaupun hanya Paly Rockstars sahaja yang melakonkan watak yang mahir di dalam seni mempertahankan diri, Tomoi. Akan tetapi, kesemua pelakon LEFTWINGS dikehendaki terlibat sekali untuk menambahkan stamina mereka kerana banyak babak yang memerlukan mereka beraksi lasak.

Mampukah mereka bertahan dengan latihan fizikal yang keras ini memandangkan mereka ‘pengsan’ pada latihan hari pertama. Kita tunggu dan lihat….













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment