Wednesday, June 22, 2011

Hari Kesebelas Leftwings | Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kesebelas Leftwings | Rehearsal
Tarikh | 21 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Sudah masuk hari kesebelas dan masa semakin suntuk. Tekanan mula dapat dirasai di kalangan pelakon dan krew LEFTWINGS. Malah pengarah serta penulis skrip LEFTWINGS, abang Chal dan abang Nasir juga berada di dalam keadaan yang sama. Tekanan untuk memastikan filem LEFTWINGS ini berjaya dan diterima oleh masyarakat.

Disebabkan itu, abang Sani telah memberikan latihan intensif tambahan kepada pelakon LEFTWINGS untuk memantapkan lagi kemahiran lakonan mereka. Latihan kali ini lebih memfokuskan kepada babak penting LEFTWINGS kerana babak ini akan memberi impak besar kepada jalan cerita LEFTWINGS dan disebabkan itu, abang Sani sedang mencari ‘feel’ yang sesuai dari pelakon LEFTWINGS dan juga membuat ‘improvasi’ dialog dan gerak lakon untuk disesuaikan dengan jalan cerita babak ini.

Disebabkan pelakon LEFTWINGS masih gagal mencari ‘feel’ yang sesuai untuk babak ini, latihan terpaksa diteruskan sehingga larut malam demi mencari ‘feel’ tersebut. Kebanyakan pelakon sudah mula penat dan tertekan, bukan saja dari segi fizikal malah mental, tetapi mereka masih berusaha berlatih mencari ‘feel’ yang dikehendaki oleh abang Sani.

Sama ada babak penting ini berjaya atau tidak, bergantung kepada keupayaan pelakon LEFTWINGS menterjemahkan babak ini mengikut imaginasi mereka.

Kita tunggu dan lihat…












Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment