Saturday, June 18, 2011

Hari Ketujuh Leftwings | Sesi Rehearsal & Masuk Gudang

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Ketujuh Leftwings | Sesi Rehearsal & Masuk Gudang
Tarikh | 17 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang & Damansara

Hari ketujuh sesi latihan dan tinggal 13 hari lagi sebelum pengembaraan bermula. Tekanan tidak hanya dirasai oleh pelakon LEFTWINGS, malah krew di sebalik tabir turut merasai tekanannya.

Latihan dimulakan dengan meditasi untuk proses masuk watak dan abang Sani Sudin membuat kacau dengan membuat bunyi bising melalui petikan gitarnya untuk mengganggu fokus pelakon LEFTWINGS. Dan latihan dimulakan dengan pelakon diajar tentang ekspresi wajah dan tingkah laku semasa membuat sebarang ekspresi muka.

Abang Sani juga menegaskan tentang kepentingan watak sampingan. Walaupun watak sampingan merupakan watak tempelan di dalam drama ataupun filem, akan tetapi ia memainkan peranan penting untuk mencorakkan jalan cerita. Disebabkan itu, abang Sani dan abang Nasir begitu tegas semasa sesi rehearsal yang melibatkan watak sampingan. Diharap pelakon yang berlakon watak sampingan dapat memahami bahawa mereka juga  memainkan peranan yang besar di dalam filem LEFTWINGS ini.

Seterusnya latihan disambung dengan melakonkan babak band LEFTWINGS sedang jamming menyanyikan lagu Jerangkung Dalam Almari versi akustik. Pelakon LEFTWINGS dikritik oleh abang Sani dengan mengatakan mereka membuat persembahan tanpa sebarang persefahaman dan tiada jiwa rock semasa menyanyi.

Semoga mereka dapat mengatasi masalah ini dan juga berjaya menjiwai sepenuhnya lagu-lagu WINGS.

Pelakon lelaki yang sudah lama menceburi industri lakonan turut muncul di studio LEFTWINGS. Beliau adalah Faizal Hussein dan beliau juga sempat memberi nasihat dan tips bagaimana menjiwai watak yang diberi.

Latihan ditamatkan dengan sesi taklimat dari abang Chal dan pelakon LEFTWINGS telah berpindah lokasi di mana mereka akan berkampung di gudang untuk meningkatkan persefahaman di antara semua pelakon LEFTWINGS yang terlibat.

Berjayakah mereka? Tunggu dan saksikan…














Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment