Monday, August 1, 2011

Hari Kelima puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 28

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 28
Tarikh | 30 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Babak hari ini berlokasikan di sebuah medan selera di Kuala Lumpur. Hari ini merupakan hari yang paling sukar sekali kerana pengambaraan terpaksa dibuat lewat dari yang dijadualkan disebabkan masalah yang timbul mengenai konti dan call time.

Disebabkan ini, pengambaraan terpaksa ditangguh selama 2 jam untuk membolehkan pelakon tersebut mencari pakaian konti yang sesuai dengan kehendak skrip. Tekanan yang dirasai oleh abang Chal mengenai masalah penangguhan pengambaraan LEFTWINGS agak berat sekali dan ini boleh dilihat melalui ekspresi mukanya.

Disebabkan banyak masa yang terbuang, pengambaraan ditamatkan dengan lebih awal dari yang dijadualkan kerana telah kesuntukan masa untuk membuat babak yang lain mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Adakah pengambaraan esok akan berjalan lancar tanpa masalah sama yang ditimbulkan oleh pelakon? Kita tunggu dan lihat nanti…











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment