Monday, August 1, 2011

Hari Keempat puluh sembilan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 27

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh sembilan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 27
Tarikh | 29 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Babak melibatkan Otai dan Dol disambung semula pada hari ini dengan membuat beberapa pengubahsuaian pada props di set lokasi. Babak ini berjaya diselesaikan mengikut masa yang diberikan kerana kedua-dua pelakon veteran ini mampu menyelesaikan babak ini dengan sekali dua take dengan lakonan yang mencapai kehendak abang Chal.

Walaupun begitu, babak yang melibatkan Otai dan Rizal terpaksa ditangguh ke hari lain apabila hujan yang turun secara tiba-tiba telah memaksa pengambaraan dihentikan dan nampaknya tiada harapan untuk meneruskan pengambaraan ini pada hari yang sama.

Berjayakah babak ini diselesaikan dengan segera? Kita tunggu dan lihat nanti…











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment