Wednesday, August 3, 2011

Hari Kelima puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 29

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 29
Tarikh | 01 Ogos 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Babak hari ini melibatkan LEFTWINGS serta Ray dan Yana di sebuah kondominium di Ampang. Pengambaraan bermula sewala pukul 7 pagi kerana terdapat banyak babak melibatkan Ray dan Yana yang perlu disiapkan dalam tempoh satu hari kerana produksi LEFTWINGS sedang mengejar masa untuk menyiapkan filem ini.

Pengambaraan berjalan lancar dan cuma masalah ruangan yang terhad untuk penataan cahaya serta prop mempengaruhi kelancaran pengambaraan ini. Selain dari itu, masalah teknikal juga menjadi satu penyebab yang menyebabkan pengambaraan berjalan dengan lebih lama dari yang dijadualkan.

Walaupun begitu, semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan hanya masalah masa yang tidak mencukupi sahaja mempengaruhi pengambaraan pada hari ini kerana ia habis pada pukul 7 pagi…


















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951


No comments:

Post a Comment