Thursday, July 7, 2011

Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 05

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 05
Tarikh | 06 Julai 2011
Lokasi | Pandan Indah

Pengambaraan hari ini berlokasikan di sebuah kedai hand-phone di Pandan Indah di mana kedai itu akan menjadi set untuk Rizal (Wan) bekerja. Watak Rizal adalah seorang pekerja di kedai membaiki telefon bimbit dan babak ini adalah untuk memperkenalkan kehidupan peribadi Rizal kepada penonton bagi membolehkan penonton memahami dengan lebih mendalam mengenai watak dan konflik yang dialami oleh Rizal.

Disebabkan ruang yang terhad, maka abang Chal menggunakan kreativiti kedudukan kamera untuk mendapatkan shot yang terbaik untuk babak ini. Babak ini terpaksa diulang beberapa kali kerana abang Chal kurang berpuas hati dengan ekspresi muka Rizal yang tidak menunjukkan yang dia sedang di dalam keadaan jiwa kacau disebabkan oleh masalah peribadinya.

Selain dari itu, abang Sani juga turut berlakon di dalam filem ini sebagai Dol, seorang promoter konsert. Hari ini menjadi milik abang Sani kerana dia berjaya menunjukkan lakonan dan ekspresi muka yang lucu dan selamba semasa melakonkan wataknya. 

Ribuan terima kasih kepada pihak MBI dan Kafe Black & White di Pandan Indah kerana membenarkan LEFTWINGS menggunakan premis mereka sebagai set pengambaraan LEFTWINGS.

Esok, siapakah pelakon ataupun krew yang akan mencuri tumpuan esok? Kita tunggu dan lihat…

















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment