Friday, July 8, 2011

Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 06

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 06
Tarikh | 07 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Hari ini pengambaraan dibuat di Damansara, berlokasikan rumah golongan elit di mana ia akan menjadi sebuah set lokasi untuk babak Dino di dalam rumahnya. Walaupun begitu, hujan lebat semalam menyebabkan pengambaraan terpaksa ditunda lebih kurang 3 jam. Ini adalah demi mengelakkan peralatan set lighting rosak terkena hujan.

Selain dari itu, masalah ruangan yang terhad menyebabkan abang Chal terpaksa menggunakan kreativitinya untuk mencari shot yang sesuai untuk babak Dino. Para pelakon LEFTWINGS juga mengalami masalah untuk menyampaikan emosi menerusi lakonan mereka di dalam babak ini sedangkan babak ini adalah babak yang terpenting sekali untuk menunjukkan konflik mainan emosi yang melanda di antara LEFTWINGS dan Yana.

Gangguan bunyi bising dari luar juga menyebabkan pengambaraan terpaksa ditunda sekali lagi. Berkat pada kesabaran abang Chal dan krew filem LEFTWINGS, pengambaraan hari ini berjaya ditamatkan dengan lancarnya walaupun dilanda dengan banyak masalah yang di luar jangkaan. 

Semoga esok berjalan lancar tanpa sebarang masalah…















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment