Saturday, August 13, 2011

Hari Kelima puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 35

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 35
Tarikh | 07 Ogos 2011
Lokasi | Damansara



Babak ini bertempat di sebuah chalet yang ditaja oleh Chalet Rimba Jinbara. Babak ini merupakan babak klip video Dino berdurasi 2 minit lebih yang mana ia menceritakan saat-saat Dino sedang mencipta lagu barunya, Kiri Kanan untuk LEFTWINGS.

Uniknya tentang klip video ini ialah ia tidak akan menunjukkan sepenuhnya lagu penuh Kiri Kanan. Ini bagi mencipta unsur saspen dan teruja di kalangan bakal penonton. Babak ini merupakan babak terakhir untuk filem ini dan ini bermaksud hari ini merupakan hari terakhir pengambaraan.

Pengambaraan berjalan dengan lancar dan ditamatkan dengan suasana yang riang dan gembira kerana berjaya menyiapkan filem ini selepas dua bulan lebih bekerja keras menyiapkannya. Tahniah kepada para pelakon dan krew LEFTWINGS yang terlibat di dalam pembikinan filem ini….  



















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment