Thursday, June 30, 2011

Hari Kelapan belas Leftwings | LEFTWINGS Jamming Part 01

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kelapan belas Leftwings | LEFTWINGS Jamming
Tarikh | 28 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari ini, gudang LEFTWINGS di Damansara dibanjiri dengan krew LEFTWINGS. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk menguji kamera yang digunakan sebelum pengambaraan sebenar dimulakan dan juga untuk memudahkan abang Chal memilih lens jenis apa yang sesuai digunakan untuk pengambaraan ini.

Ini juga untuk membantu pelakon utama LEFTWINGS bersiap sedia dan tahu bagaimana untuk berlakon di depan kamera sepanjang sesi menguji kamera dilakukan. Seperti yang dilihat, pelakon utama LEFTWINGS kebanyakannya agak kekok beraksi di depan kamera semasa sesi jamming dan mereka tidak banyak bergerak kecuali Aweera yang tahu bagaimana untuk memanipulasi dan beraksi di depan kamera.

Sepanjang sesi jamming dan ujian kamera, semuanya berjalan lancar kecuali pelakon utama LEFTWINGS perlu lebih banyak beraksi dan membiasakan diri di depan kamera.

Mampukah mereka melakukannya? Kita tunggu dan lihat…























Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment