Monday, June 27, 2011

Hari Keenam belas Leftwings | Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Keenam belas Leftwings | Rehearsal
Tarikh | 26 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Sudah hari keenam belas dan tinggal lagi 5 hari sebelum pengambaraan dimulakan. Disebabkan abang Chal dan abang Nasir perlu mengendalikan urusan penting mengenai proses di sebalik tabir LEFTWINGS, maka latihan rehearsal hari ini dikendalikan oleh abang Sani.

Latihan kali ini akan memfokuskan kepada babak penting di dalam LEFTWINGS di mana babak ini melibatkan Dino dan rakan sekerjanya, Purple (Hilda Pilly). Babak ini di anggap penting kerana ia merupakan babak klimaks yang akan menentukan jatuh bangun jalan cerita LEFTWINGS.

Disebabkan itu, latihan terpaksa dilakukan berulang-ulang kali untuk mendapatkan ‘feel’ yang sebenar untuk menjayakan babak ini. Disebabkan Zouladeq gagal mencari ‘feel’ dan gaya lakonan yang sesuai untuk menghidupkan babak ini, abang Sani telah memberi tunjuk ajar bagaimana hendak menghidupkan babak ini dan bagaimana hendak meng’improvise’kan jalan cerita babak ini.

Berjayakah Zouladeq dan Hilda Pilly menjayakan babak ini? Kita tunggu dan lihat…















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment