Wednesday, June 29, 2011

Hari Ketujuh belas Leftwings | Pembinaan Studio Jamming LEFTWINGS

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Ketujuh belas Leftwings | Pembinaan Studio Jamming LEFTWINGS
Tarikh | 27 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Pada waktu petang, hari yang sama pelakon LEFTWINGS sedang berlatih tomoi dan rehearsal, krew LEFTWINGS sedang gigih membina set studio jamming khas untuk babak yang melibatkan LEFTWINGS di dalam studio jamming. Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar dan hanya cuma perlu menambah beberapa set dekorasi lagi untuk mewujudkan suasana studio berkonsep garaj.

Pada petangnya, Encik Goh, penaja yang sudah bersetuju untuk menaja peralatan muzik untuk props studio LEFTWINGS datang ke gudang bersama-sama peralatan muzik seperti yang telah dipersetujui. Melihat kepada kualiti dan jumlah peralatan muzik yang dibawa oleh Encik Goh, boleh dikatakan Encik Goh turut serius untuk membantu  pembikinan filem LEFTWINGS.

Jutaan terima kasih kepada Encik Goh di atas bantuan yang diberikan untuk menjayakan pembikinan filem LEFTWINGS ini…



























Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment