Thursday, June 30, 2011

Hari Kesembilan belas Leftwings | LEFTWINGS Jamming Part 01

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kesembilan belas Leftwings | LEFTWINGS Jamming
Tarikh | 29 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Lagi 2 hari sebelum pengambaraan sebenar dimulakan dan LEFTWINGS sedang sibuk berlatih lagu-lagu yang akan mereka bawakan di dalam filem ini. Latihan mereka dipantau oleh abang Nasir bagi memastikan mereka tahu bagaimana untuk beraksi sebagai seorang rocker sebenar di atas pentas.

Persembahan mereka memuaskan tetapi masih gagal untuk membentuk persefahaman dan juga aksi mereka tidak cukup rock kerana masih kayu di atas pentas. Abang Nasir juga meminta mereka memberi persembahan yang lebih agresif kerana mereka seharusnya agresif semasa mempersembahkan lagu rock agresif, bukannya member persembahan yang layu, tidak bertenaga dan lembik.

Mungkinkah LEFTWINGS dilanda penyakit gemuruh berlakon di depan kamera dan mampukah mereka mengatasinya? Kita tunggu dan lihat…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment