Wednesday, August 3, 2011

Hari Kelima puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 30

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Kelima puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 30
Tarikh | 02 Ogos 2011
Lokasi | Damansara

Berlokasikan di gudang di Damansara, pengambaraan bermula pada pukul 8 malam selepas berbuka puasa dan babak kali ini melibatkan antara Rizal dan Otai. Babak yang tertangguh disebabkan hujan pada hari itu dan kini ia disambung semula pada malam ini kerana hendak mengejar masa untuk pengambaraan di Aswara pada keesokan harinya.

Babak ini tersangat penting dan harus disiapkan dengan segera kerana kesuntukan masa, Disebalik tekanan yang membebani setiap krew dan pelakon LEFTWINGS, mereka memberikan kerjasama dan komitmen jitu untuk menjayakan babak ini walaupun mengambil masa yang lama untuk set-up semua peralatan dan sistem cahaya untuk babak malam ini.

Walaupun begitu, lakonan Otai dan Rizal berjaya mencapai standard yang Chal mahukan dan disebabkan itu, ia telah menjimatkan banyak masa dari yang dijadualkan. Rizal dan Otai berjaya memberikan lakonan yang mantap untuk babak ini…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

2 comments:

  1. yeah..bila nk kluar cita nie nk kuar..nk ngok gelagat Fiffy Natasya Jadi gadis nackal nie..
    huhuuhuhu....

    ReplyDelete