Friday, July 29, 2011

Hari Keempat puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 25

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll




Hari Keempat puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 25
Tarikh | 27 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur

Hari ini adalah pengambaraan yang melibatkan aksi di antara geng LEFTWINGS dan juga geng Tijoe. Babak ini boleh dikatakan amat menarik kerana ia menjadi titik kemuncak persengketaan di antara LEFTWINGS dan geng Tijoe dan ia juga akan menunjukkan penamat yang dialami oleh mereka di dalam babak ini.

Pada mulanya babak ini agak kelam-kabut dengan kebanyakan pelakon terlalu terburu-buru dan gagal menyeimbangkan aksi yang manakah yang perlu didahulukan. Disebabkan itu, abang Chal memilih untuk mengetengahkan aksi setiap pelakon mengikut turutan syot agar babak ini tidak terlalu berserabut.

Setiap syot perlu diulang banyak kali take kerana ada kalanya aksi mereka terlalu laju dan adakalanya terlalu perlahan ataupun aksi mereka tidak mencapai apa yang abang Chal  mahukan. Walaupun begitu, pujian wajar diberikan kepada Ebi yang berlakon sebagai Anton kerana lakonan spontannya begitu berjaya dan nampak realistik. Disebabkan itu, babak Ebi tidak mengambil banyak take. Hanya sekali atau dua kali take sudah berjaya mencapai apa yang abang Chal mahukan. Tahniah Ebi…

Bagaimana agaknya babak esok? Kita tunggu dan lihat nanti…























Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

1 comment:

  1. mereka semua mmg terbaik..ebi bermonolog sorg pn so funny. x dapat tahan nk gelak..rizal pn kesian sbb kna tumbuk betol2 n tangan awiera n dino luka.tijoe nye kaki luka..ape pn semua nye memeberikan hasil yg mantap..tahniah~

    ReplyDelete