Monday, June 13, 2011

Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Adakah anda merupakan peminat sejati band rock gergasi tempatan WINGS? Pernah membesar dengan mendengar lagu Sejati? Bernafas Di Dalam Lumpur? Opera Hidup? Hukum Karma? Ataupun sekurang-kurangnya Biru Mata Hitamku? Ikutilah kisah mengenai band indie tempatan yang memperjuangkan jalur muzik mereka berpaksikan pengaruh irama  WINGS.


Leftwings merupakan sebuah filem muzikal yang mengisahkan tentang empat anak muda (Ray, Dino, Rizal, Shah) yang telah menubuhkan sebuah band indie dengan menjadikan band rock WINGS sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita ingin memperjuangkan jalur muzik Rock dan juga cuba mencipta nama di dalam industri mainstream. Mereka juga memasang impian ingin menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, WINGS dengan menamakan band mereka sebagai LEFTWINGS, iaitu band ‘sayap kiri’ kepada WINGS.


Di samping itu, mereka juga menghadapi rintangan di dalam kehidupan peribadi mereka, konflik dalaman serta masalah cinta yang akan mempengaruhi hala tuju band mereka. Dapatkah keempat-empat anak muda ini mengekalkan perjuangan band mereka disebalik konflik yang dihadapi oleh mereka?


Nantikan kemunculan filem ini dan jangan lupa terus mengikuti update terkini dari blog LEFTWINGS ini….

PS: Kredit kepada www.thebelanda.com untuk gambar header blog ini.



Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

2 comments:

  1. mohon encik Faisal bagi cara untuk saya tonton semula drama nasrul genius.....blh PM saya di no +201100707128....

    ReplyDelete
  2. Saya dah cari,tapi tak jumpa video drama nasrul genius dan traficc light lakonan Jehan Miskin....

    ReplyDelete