Tuesday, June 21, 2011

Hari Kesepuluh Leftwings | Mesyuarat Produksi

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kesepuluh Leftwings | Mesyuarat Produksi
Tarikh | 20 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari kesepuluh dan satu mesyuarat sedang diadakan di antara ‘production team’ dengan ‘art director’ abang Nasir Jani. Mesyuarat ini diadakan untuk mengetahui perkembangan terkini rekaan set, logo, t-shirt dan juga ‘make over’ imej pelakon LEFTWINGS.

Mesyuarat dilakukan secara santai dan relaks dan abang Nasir Jani berpuas hati dengan perkembangan rekaan set dan mahu menambah lagi idea untuk menjadikan LEFTWINGS nampak lain dari yang lain.

Bagaimana agaknya rekaan terbaru logo dan set pentas LEFTWINGS? Kita tunggu dan lihat…

















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kesepuluh Leftwings | Sesi Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kesepuluh Leftwings | Sesi Rehearsal
Tarikh | 20 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari kesepuluh dimulakan dengan pengolahan watak bersama abang Sani Sudin dan fokus kali ini adalah Zouladeq kerana sehingga sekarang walaupun lakonannya sudah ada peningkatan, akan tetapi Zouladeq masih gagal menunjukkan emosi seorang Dino, rocker sejati yang ‘brutal’.

Disebabkan itu, abang Sani Sudin memberikan latihan tambahan kepada Zouladeq di mana Zouladeq menerima tekanan dan lebih tekanan emosi dari abang Sani untuk menjiwai wataknya. Dan akhirnya usaha abang Sani berjaya kerana Dino sudah mula lahir sedikit demi sedikit di dalam lakonan Zouladeq. 

Pelakon lelaki utama LEFTWINGS, Aweera juga sudah mampu memahami wataknya sebagai Ray, cuma dia perlu meningkatkan lagi dialognya dan juga perlu membina ikatan ‘chemistry’ dengan watak Yana. Ini bagi membolehkan lakonan mereka nampak benar kerana abang Nasir sudah menegaskan bahawa dia mahu bikin filem yang benar, filem yang dekat dengan realiti hidup masyarakat dan dia tidak  mahu bikin filem sampah dan tidak mempunyai sumbangan dari segi moral terhadap masyarakat.

Seterusnya latihan disambung lagi pada waktu malam dengan lebih santai di mana abang Sani berdiskus dengan para pelakon LEFTWINGS tentang bagaimana untuk meng’improvasi;kan lagi dialog mereka agar lebih nampak ‘real’ dan tidak terlalu mengikut skrip.

Kebanyakan pelakon LEFTWINGS sudah mempunyai peningkatan. Bagaimanakah agaknya esok? Kita tunggu dan lihat.


















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951


Monday, June 20, 2011

Hari Kesembilan Leftwings | Sesi Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kesembilan Leftwings | Sesi Rehearsal
Tarikh | 19 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari kesembilan di gudang. Sebelum rehearsal dimulakan, anggota LEFTWINGS diminta oleh abang Nasir Jani untuk menebas rumput dan semak-samun yang sudah memanjang seperti hutan belantara di belakang gudang. Ini bertujuan untuk melatih stamina dan fizikal mereka dan juga mengajar mereka supaya “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” sekiranya mereka ingin berjaya di dalam industri hiburan kerana bukan mudah untuk berada di puncak. Hanya kerja keras tanpa mengenal erti jemu mampu meletakkan mereka di kalangan artis yang berjaya.

Latihan rehearsal dimulakan pada waktu malam dan kali ini abang Sani mengajar ahli LEFTWINGS seni imaginasi di mana mereka perlu membayangkan sesuatu babak itu di dalam imaginasi mereka mengikut olahan skrip LEFTWINGS. Latihan ini turut disertai oleh abang Nasir yang bertindak memantau latihan ini.

Mereka diminta berlatih babak anggota LEFTWINGS tidak berpuas hati dengan Ray kerana telah mengabaikan komitmennya terhadap LEFTWINGS dan lebih gemar meluangkan masa bersama teman wanitanya, Yana.

Sepanjang latihan ini, banyak kesilapan mudah yang dilakukan oleh anggota LEFTWINGS seperti terlalu terikut-ikut skrip, salah timing nak masuk dialog, ekspresi muka dan ton suara tidak serasi dengan lakonan yang diberikan malah anggota LEFTWINGS terlalu lambat memberi ‘hint’ untuk Ray masuk dialog dan ini menyebabkan timing tidak tepat.

Kesimpulan melalui latihan ini, anggota LEFTWINGS perlu bekerjasama dan meningkatkan lagi persefahaman di antara mereka agar mereka tahu bilakah timing yang sesuai untuk masuk dialog.

Semoga mereka berjaya mengatasi masalah ini.












Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Sunday, June 19, 2011

Hari Kelapan Leftwings | Sesi Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kelapan Leftwings | Sesi Rehearsal
Tarikh | 18 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Rehearsal di gudang kali ini melibatkan watak utama ahli band LEFTWINGS iaitu Ray, Dino, Rizal dan Shah. Ini bertujuan untuk memantapkan band ini dan juga meningkatkan persefahaman di antara mereka supaya mereka dapat bersatu sebagai LEFTWINGS.

Latihan dimulakan dengan sesi script reading selama 2 jam untuk memastikan mereka faham jalan cerita dan berjaya menghafal dialog watak mereka tanpa perlu merujuk lagi kepada buku skrip.

Rehearsal dimulakan pada waktu malam dengan keempat-empat watak utama LEFTWINGS diminta melakonkan watak mereka sendiri mengikut babak yang dipilih oleh abang Sani Sudin. Seperti dijangka, mereka berempat juga menghadapi masalah dengan lakonan mereka dan tidak pasti bagaimana untuk meng’improvasi’kan lakonan mereka mengikut babak sebenar.

Selepas berakhirnya rehearsal pada pukul 3 pagi, abang Sani Sudin menerangkan kesalahan lakonan yang mereka berempat lakukan dan dia memberikan tips dan panduan bagaimana untuk meng’improve’kan lagi lakonan mereka.

Berjayakah mereka mengatasi masalah lakonan kaku ini pada keesokan harinya? Kita tunggu dan lihat…











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951