Tuesday, June 21, 2011

Hari Kesepuluh Leftwings | Sesi Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kesepuluh Leftwings | Sesi Rehearsal
Tarikh | 20 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari kesepuluh dimulakan dengan pengolahan watak bersama abang Sani Sudin dan fokus kali ini adalah Zouladeq kerana sehingga sekarang walaupun lakonannya sudah ada peningkatan, akan tetapi Zouladeq masih gagal menunjukkan emosi seorang Dino, rocker sejati yang ‘brutal’.

Disebabkan itu, abang Sani Sudin memberikan latihan tambahan kepada Zouladeq di mana Zouladeq menerima tekanan dan lebih tekanan emosi dari abang Sani untuk menjiwai wataknya. Dan akhirnya usaha abang Sani berjaya kerana Dino sudah mula lahir sedikit demi sedikit di dalam lakonan Zouladeq. 

Pelakon lelaki utama LEFTWINGS, Aweera juga sudah mampu memahami wataknya sebagai Ray, cuma dia perlu meningkatkan lagi dialognya dan juga perlu membina ikatan ‘chemistry’ dengan watak Yana. Ini bagi membolehkan lakonan mereka nampak benar kerana abang Nasir sudah menegaskan bahawa dia mahu bikin filem yang benar, filem yang dekat dengan realiti hidup masyarakat dan dia tidak  mahu bikin filem sampah dan tidak mempunyai sumbangan dari segi moral terhadap masyarakat.

Seterusnya latihan disambung lagi pada waktu malam dengan lebih santai di mana abang Sani berdiskus dengan para pelakon LEFTWINGS tentang bagaimana untuk meng’improvasi;kan lagi dialog mereka agar lebih nampak ‘real’ dan tidak terlalu mengikut skrip.

Kebanyakan pelakon LEFTWINGS sudah mempunyai peningkatan. Bagaimanakah agaknya esok? Kita tunggu dan lihat.


















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951


No comments:

Post a Comment