Monday, June 20, 2011

Hari Kesembilan Leftwings | Sesi Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kesembilan Leftwings | Sesi Rehearsal
Tarikh | 19 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari kesembilan di gudang. Sebelum rehearsal dimulakan, anggota LEFTWINGS diminta oleh abang Nasir Jani untuk menebas rumput dan semak-samun yang sudah memanjang seperti hutan belantara di belakang gudang. Ini bertujuan untuk melatih stamina dan fizikal mereka dan juga mengajar mereka supaya “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” sekiranya mereka ingin berjaya di dalam industri hiburan kerana bukan mudah untuk berada di puncak. Hanya kerja keras tanpa mengenal erti jemu mampu meletakkan mereka di kalangan artis yang berjaya.

Latihan rehearsal dimulakan pada waktu malam dan kali ini abang Sani mengajar ahli LEFTWINGS seni imaginasi di mana mereka perlu membayangkan sesuatu babak itu di dalam imaginasi mereka mengikut olahan skrip LEFTWINGS. Latihan ini turut disertai oleh abang Nasir yang bertindak memantau latihan ini.

Mereka diminta berlatih babak anggota LEFTWINGS tidak berpuas hati dengan Ray kerana telah mengabaikan komitmennya terhadap LEFTWINGS dan lebih gemar meluangkan masa bersama teman wanitanya, Yana.

Sepanjang latihan ini, banyak kesilapan mudah yang dilakukan oleh anggota LEFTWINGS seperti terlalu terikut-ikut skrip, salah timing nak masuk dialog, ekspresi muka dan ton suara tidak serasi dengan lakonan yang diberikan malah anggota LEFTWINGS terlalu lambat memberi ‘hint’ untuk Ray masuk dialog dan ini menyebabkan timing tidak tepat.

Kesimpulan melalui latihan ini, anggota LEFTWINGS perlu bekerjasama dan meningkatkan lagi persefahaman di antara mereka agar mereka tahu bilakah timing yang sesuai untuk masuk dialog.

Semoga mereka berjaya mengatasi masalah ini.












Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment