Friday, July 15, 2011

Hari Ketiga puluh empat Leftwings | Shooting LEFTWINGS 13

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh empat Leftwings | Shooting LEFTWINGS 13
Tarikh | 14 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Babak kali ini merupakan babak yang melibatkan paling banyak aktiviti fizikal kerana Paly yang berlakon watak Shah perlu menyelamatkan Dol dari dibelasah oleh dua anak buah ah long yang mengejarnya sehingga ke gudang. Babak ini perlu diulang banyak kali bagi menunjukkan aksi di dalam babak ini hidup dan tidak dibuat-buat.

Babak berlawan ini dikoreograferkan oleh Maszlin, instructor yang melatih pelakon LEFTWINGS asas seni mempertahankan diri. Selain dari itu, polis juga turut terlibat di dalam babak ini sebagai pelakon tambahan dan kehadiran mereka menyebabkan babak ini nampak benar.

Kredit harus diberikan kepada Paly dan juga dua pelakon aksi kerana membantu menghidupkan babak aksi ini dan juga Amir Raja Lawak kerana lakonannya yang ‘sempoi’ dan berkesan sehingga mengundang gelak tawa krew LEFTWINGS semasa menyaksikan lakonannya ditangkap oleh polis.

Pengambaraan hari ini berjalan dengan lancar tetapi bagaimana agaknya esok? Kita tunggu dan lihat nanti…




Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Thursday, July 14, 2011

Hari Ketiga puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 12

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 12
Tarikh | 13 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Babak untuk pengambaraan LEFTWINGS hari ini melibatkan Dino dan Purple dan babak ini agak istimewa sekali kerana ia akan menunjukkan ‘chemistry’ di antara kedua-dua watak ini melalui ‘duel’ gitar. Ini juga untuk menunjukkan hubungan tersirat kedua-dua watak ini melalui babak ini.

Babak ini merupakan babak yang paling sukar sekali kerana Dino dan Purple bukan sahaja perlu menunjukkan chemistry malah mereka juga perlu menyelaraskan bunyi ‘tune’ gitar mereka agar seimbang dan tidak melebihi petikan gitar antara satu sama lain.

Selain itu, abang Chal yang mementingkan kesempurnaan juga ingin mengambil seberapa banyak shot yang boleh dari angle yang berbeza untuk memberikan impak kepada babak ini dan disebabkan itu, pengambaraan mengambil masa yang agak lama kerana krew teknikal perlu menyusun semula posisi dan trail kamera mengikut apa yang abang Chal mahukan.

Pengambaraan hari ini berjalan dengan lancar tetapi baimana agaknya esok? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Wednesday, July 13, 2011

Hari Ketiga puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 11

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 11
Tarikh | 12 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pengambaraan LEFTWINGS hari ini agak istimewa sedikit kerana dua veteran yang sudah lama di dalam industri hiburan, Sani Sudin (Kopratasa) dan Ito (Blues Gang) bakal berkolaborasi di dalam babak ini. Sememangnya gabungan kedua-dua figura ini merupakan satu perkara yang jarang dapat dilihat.

Sesi rehearsal di antara abang Sani, abang Ito dan LEFTWINGS berjalan lancar dengan masing-masing berbincang bagaimana hendak memberikan lakonan yang berkesan di dalam babak ini dan bagaimana untuk masuk babak tanpa mengganggu lakonan pelakon lain.

Pada mulanya mungkin disebabkan abang Ito sudah lama tidak berlakon, maka babaknya diulang-ulang sehingga mencapai tahap yang dimahukan oleh abang Chal. Akan tetapi abang Ito berjaya menghayati wataknya sebagai Otai dalam masa yang singkat kerana watak Otai ini sememangnya dicipta khas untuk Ito.

Pengambaraan hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Bagaimanakah agaknya esok? Kita tunggu dan lihat nanti…
















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Tuesday, July 12, 2011

Hari Ketiga puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 10

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 10
Tarikh | 11 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pengambaraan LEFTWINGS disambung lagi di gudang dan kali ini ia melibatkan babak di antara LEFTWINGS dan Ito (Blues Gang) yang berlakon sebagai Otai. Otai merupakan seorang pemilik studio jamming di gudang dan beliau menyokong sepenuhnya usaha LEFTWINGS yang ingin menjadi band rock terkenal seperti WINGS. Siapakah sebenarnya Otai? Tunggu sahaja cerita sebenarnya di dalam filem LEFTWINGS.

Selain itu, Helda Pilly yang melakonkan watak Purple juga turut datang ke gudang untuk berlatih dengan Dino dalam babak yang mana mereka perlu ber’duel’ menggoreng gitar. Babak ini merupakans alah satu babak yang penting dan akan menunjukkan chemistry di antara Dino dan Purple.

Pengambaraan berjalan dengan lancar dan hanya Cuma perlu diulang beberapa kali untuk setiap babak kerana abang Chal seorang pengarah yang teliti dan mementingkan kesempurnaan. Semuanya adalah demi memaastikan karya filem sulungnya berjaya menambat hati penonton untuk melihatnya. Semoga berjaya abang Chal.

Bagaimanakah agaknya esok? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Monday, July 11, 2011

Hari Ketiga puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 09

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 09
Tarikh | 10 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pembikinan LEFTWINGS kali ini dibuat di gudang LEFTWINGS bagi babak yang melibatkan lokasi set studio jamming LEFTWINGS. Krew teknikal sedang bertungkus lumus menyiapkan set pencahayaan yang akan digunakan untuk babak ini dan sementara itu pelakon LEFTWINGS sedang dimekapkan. Terdapat juga pelakon LEFTWINGS yang sedang menghafal dialog watak mereka terutama sekali Zouladeq yang memegang watak Dino.

Watak Dino merupakan watak yang paling berat sekali kerana Zouladeq perlu bermain dengan emosi dalaman, ekspresi muka dan juga bahasa badan untuk menjayakan watak ini. Ini kerana Dino adalah seorang pemuzik yang berfahaman kiri dan melawan arus industri mainstream. Boleh dikatakan Dino menjadi nadi utama jalan cerita LEFTWINGS tanpa disedari.

Disebabkan itu, Zouladeq terpaksa mengulangi beberapa kali babaknya disebabkan dia terlupa dialognya beberapa kali. Walaupun begitu, usaha Zouladeq tidak sia-sia dan patut dihargai kerana dia bersungguh-sungguh menghafal dialog wataknya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Bagaimanakah agaknya babak esok? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951