Thursday, June 16, 2011

Hari Kelima Leftwings | Sesi Script Reading & Berlatih Cara Berlakon Yang Betul

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll

Hari Kelima Leftwings | Sesi Script Reading & Berlatih Cara Berlakon Yang Betul
Tarikh | 15 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang


Lagi 15 hari sebelum shooting LEFTWINGS dimulakan, perasaan takut dan tekanan dapat dirasai dari semua pelakon LEFTWINGS. Sebelum sesi latihan dimulakan, abang Sani menyuruh para pelakon bermeditasi bagi membantu mereka fokus di dalam latihan ini.

Abang Sani juga bertindak sebagai ‘tuk dalang’ dengan bertindak menghasut pelakon lain untuk mengganggu konsentrasi pelakon yang dipilih oleh abang Sani semasa sedang bermeditasi. Tujuan abang Sani berbuat demikian adalah untuk menguji samada pelakon yang dipilihnya betul-betul telah fokus semasa bermeditasi ataupun tidak.

Di samping itu, sesi luahan emosi turut diadakan untuk membolehkan para pelakon LEFTWINGS meluahkan ketidakpuasan hati mereka yang terpendam sejak dari hari pertama sesi latihan lagi. Ini bagi membolehkan pelakon LEFTWINGS kekal fokus dan tidak terfikir bukan-bukan akan perkara yang akan mengganggu latihan mereka.

Hari ini, para pelakon LEFTWINGS diajar asas latihan lakonan dan abang Sani mengajar mereka apakah gerakan yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa berlakon. Selain itu, para pelakon perlu ‘masuk watak’ semasa berlakon dan masih ada lagi yang belum dapat ‘feel’ dan ‘masuk watak’ sepenuhnya.

Abang Nasir juga turut menegur dengan mengatakan "Kalau kamu tak 'masuk watak', tak faham karektor watak kamu, penonton pun takkan faham apa yang kamu nak sampaikan menerusi lakonan kamu..."

Semoga mereka berjaya membaiki kelemahan ini di dalam tempoh 2 minggu. Masa sedang bergerak…











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

No comments:

Post a Comment