LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & RollHari Keenam Leftwings | Sesi Lakonan Spontan
Tarikh | 16 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang
Sudah masuk hari keenam dan tinggal lagi 14 hari sebelum pengambaraan dimulakan. Adakah pelakon LEFTWINGS sudah membuat homework dan kajian tentang watak mereka?
Latihan dimulakan dengan sesi meditasi untuk proses ‘masuk watak’ dan kali ini meditasi dilakukan secara santai tanpa sebarang cubaan sabotaj dari abang Sani Sudin. Seterusnya latihan dimulakan dengan lakonan spontan di mana semua pelakon LEFTWINGS dikehendaki melakonkan watak masing-masing secara spontan, malah dialog juga perlu direka sendiri secara spontan tanpa melihat skrip. Ini adalah untuk menguji samada mereka betul-betul sudah memahami watak mereka. Hasilnya, latihan lakonan spontan menjadi sesi latihan yang penuh dengan lawak kerana kebanyakan pelakon tersalah tafsir watak mereka.
Selepas latihan selesai, abang Chal mengadakan sesi diskusi dan mengkritik lakonan bersama pelakon LEFTWINGS. Para pelakon diminta memberikan pendapat mereka mengenai lakonan pelakon lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pelakon yang dikritik mengubah cara lakonan dan juga membantu memajukan tahap lakonan mereka melalui kritikan.
Rumusan hari ini, walaupun semua pelakon LEFTWINGS hampir berjaya ‘masuk watak’ tetapi mereka gagal berkomunikasi di antara satu sama lain melalui lakonan mereka seperti yang telah ditegur oleh abang Nasir.
Semoga teguran ini dapat membantu pelakon LEFTWINGS mengatasi kelemahan ini.
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951
No comments:
Post a Comment