LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & RollHari Ketiga puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 16
Tarikh | 18 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur
Pengambaraan hari ini melibatkan babak di antara ahli band LEFTWINGS dan berlokasikan kawasan tepi jalan di Kuala Lumpur sebagai set pengambaraan untuk babak ini. Babak ini adalah yang paling sukar sekali kerana dialognya yang agak panjang dan juga masalah ‘lupa lagi’ di antara mereka.
Ini menyebabkan babak ini terpaksa diambil semula lebih 30 take yang mana ia menguji kesabaran krew di belakang tabir. Bak kata seorang pelakon yang sudah lama di dalam industri perfileman.
“Jangan main-main semasa berlakon kerana sekali buat silap, ia akan mempengaruhi krew di sebalik tabir kerana filem melibatkan teamwork…”
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951
No comments:
Post a Comment