LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & RollHari Keempat puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 23
Tarikh | 25 Julai 2011
Lokasi | Kuala Lumpur
Babak hari ini melibatkan Tijoe dan Rita dan berlokasikan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur. Selain daripada itu, Nasha Aziz, Faizal Hussein dan juga Riezman turut membuat kemunculan khas di dalam babak ini. Nasha Aziz berlakon sebagai Sam, watak seorang ibu ayam yang terlibat di dalam sindiket pelacuran kanak-kanak bawah umur dan pengedaran pil khayal.
Babak ini menguji kredibiliti Fiffy Natasya sebagai Rita dan seberapa jauhkah kemampuan dia untuk melakonkan Rita yang hidup liar dan mengamalkan pergaulan bebas. Selain daripada itu, lakonan Nasha Aziz jarang menghampakan dan di dalam babak ini, beliau berjaya melaksanakan tugasnya sebagai Sam. Lakonannya begitu realistik dan tidak mengecewakan.
Bagaimanakah watak yang dibawakan oleh Sam dan Rita? Semuanya akan terjawab melalui babak ini.. Tunggu dan lihat saja nanti…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951
No comments:
Post a Comment