Wednesday, June 15, 2011

Kejutan | Ito (Blues Gang) Turun Padang Juga!!

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kelima Leftwings | Sesi Script Reading & Lakonan Pantomin
Tarikh | 14 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang

Di saat semua pelakon LEFTWINGS mengalami stress kerana masih gagal menghayati watak mereka, secara tiba-tiba muncul seorang seniman yang melawat studio LEFTWINGS untuk mengetahui perkembangan terkini LEFTWINGS. Cuba teka siapa?

Betul, abang Ito datang ke studio LEFTWINGS untuk berjumpa dengan abang Chal, abang Nasir dan abang Sani untuk berbincang mengenai filem LEFTWINGS. Kenapa? Sebab abang Ito juga akan turut berlakon di dalam filem ini.

Sebagai watak apa? Dirahsiakan terlebih dahulu...

Apa pun, kehadiran abang Ito memberikan semangat kepada pelakon LEFTWINGS ini untuk cuba memberi 100% yang terbaik di dalam sesi latihan ini.






Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Keempat Leftwings | Sesi Script Reading & Lakonan Pantomin

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Keempat Leftwings | Sesi Script Reading & Lakonan Pantomin
Tarikh | 14 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang


Hari keempat, pelakon bermeditasi untuk memastikan mereka kekal fokus. Abang Sani Sudin juga menguji konsentrasi mereka dengan membuat bunyi bising dengan menggunakan garpu bagi memastikan adakah mereka betul-betul fokus semasa meditasi.

Pelakon LEFTWINGS diberikan latihan yang menguji daya ketahanan mental mereka yang mana latihan ini bertujuan untuk melatih kekuatan mental mereka bagi mengelakkan para pelakon mengalami sindrom mental breakdown semasa pengambaraan. Chill dude, don’t stress and give up. You all can do it. Trust me!!

Selepas itu, abang Sani Sudin memberikan mereka sepasang garpu dan menyuruh mereka melakukan lakonan pantomin menggunakan kreativiti mereka sendiri. Mereka perlu berimaginasi membayangkan apakah yang akan mereka buat, apabila tangan mereka memegang sepasang garpu. Tak semestinya kena buat aksi Kassim Selamat cucuk mata.

Melalui apa yang diperhatikan, sebahagian pelakon LEFTWINGS sudah mempunyai kemajuan menyampaikan apa yang mereka fikirkan melalui lakonan pantomin. Syabas guyz!!













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Tuesday, June 14, 2011

Hari Ketiga Leftwings | Sesi Script Reading & Character Development

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Ketiga Leftwings | Sesi Script Reading & Character Development
Tarikh | 13 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang


Hari ketiga untuk latihan skrip sebelum pengambaraan dimulakan dalam beberapa minggu lagi. Para pelakon LEFTWINGS diminta oleh abang Sani Sudin untuk bermeditasi. Ini bertujuan untuk membuatkan diri mereka di dalam keadaan relaks sebelum sesi pembacaan skrip dimulakan.

Disebabkan bakat muda ini merupakan orang baru di dalam bidang lakonan, maka mereka kurang memahami istilah lakonan dan terpaksa bermula dari kosong di bawah tunjuk ajar abang Sani Sudin.
 
Salah satu sindrom yang biasa dihadapi oleh orang baru yang baru menjadi pelakon ialah kebanyakan dari mereka mempunyai masalah untuk menghayati watak yang dibawa oleh mereka.
 
Malah abang Sani Sudin kata "Lakonan kamu tiada jiwa, aku tak dapat nak rasa emosi kamu..." tetapi abang Sani berusaha membantu mereka menghayati watak mereka dan lama-kelamaan mereka mula dapat memahami dan menghayati tuntutan watak mereka.
 
Berjayakah mereka menghidupkan watak mereka? Kita tunggu dan lihat...
 










Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Senarai | Barisan Bakat Muda Untuk Filem LEFTWINGS

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Butiran mengenai filem LEFTWINGS

Tajuk Filem: Leftwings
Genre: Muzikal (Rock)
Durasi: 90 minit
Bahasa: Bahasa Malaysia
Penerbit: Abu Hassan Abd Rahman
Cerita Asal: Nasir Jani
Skrip: Nasir Jani / Faisal Chal Ahmad
Pengarah: Faisal Chal Ahmad


Berikut adalah senarai pelakon bakat muda yang telah terpilih untuk membintangi filem LEFTWINGS. Kini mereka sedang menjalani latihan intensif asas lakonan di bawah bimbingan abang Sani Sudin. Berjayakah abang Sani Sudin membentuk barisan bakat muda ini sebagai pelapis untuk pelakon tanah air yang sedia ada?

Kita tunggu dan lihat...


Senarai nama pelakon dan watak

Diterajui Oleh

Aweera sebagai Ray LEFTWINGS
Zouladeq sebagai Dino LEFTWINGS

Wan Zaimie sebagai Rizal LEFTWINGS
Paly Rockstars sebagai Shah LEFTWINGS

Dibantu Oleh

Shiqin Kamal sebagai Yana
Nora Zida sebagai Nadia
Boy Sabahan sebagai Man Jazz
Azrul Anuar sebagai Tijoe
Helda Pily sebagai Purple
Fiffy Natasha sebagai Rita
Nur Shuhada Masayu sebagai Linda
Halida Zulkifli (Baby) sebagai Ira
Nurul Hidayah sebagai Shila


Penampilan Khas

Sani Sudin (Kopratasa) sebagai Dol

Awie WINGS sebagai Awie WINGS
Joe WINGS sebagai Joe WINGS
Eddie WINGS sebagai Eddie WINGS
Black WINGS sebagai Black WINGS
Ali Bakar sebagai Ali Bakar


Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951


Sani Sudin | Pengajar Asas Lakonan Pelakon LEFTWINGS

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Sani Sudin bermula sebagai  aktivis/penggiat teater sejak awal 80an bersama dengan Nordin Kardi, sekarang bekas VC Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam kelompok teater bernama 'Kumpulan Teater Utama'. 

Pengalaman 30 tahun itu membentuk dan melahirkan Sani Sudin sehingga menjadi seorang penyanyi, pelakon, pemuzik, pencipta lagu, penulis lirik, pelukis dan juga penyair tersohor di tanah air kita.

Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan KOPRATASA. KOPRATASA merupakan kumpulan penyanyi trio yang terkenal kerana menyanyikan lagu-lagu puisi. Antara lagu-lagu popular mereka adalah seperti ‘Masihkah Kau Ingat’, ‘Tetamu Senja’  dari sajak  A.Samad Said.

Sani Sudin juga memegang tanggungjawab sebagai tenaga pengajar untuk filem LEFTWINGS. Beliau bertanggungjawab melatih dan membentuk pelakon-pelakon LEFTWINGS yang rata-ratanya merupakan bakat baru yang mendapat peluang pertama  berlakon filem.

Bermula dengan KOSONG. Mereka iaitu LEFTWINGS tidak mempunyai asas lakonan dan  menjadi tanggungjawab Sani Sudin untuk mengajar mereka apa itu LAKONAN.

Peranan dan tanggungjawab yang abang Sani Sudin pikul sememangnya berat. Semoga beliau sukses membentuk bakat-bakat muda yang baru ini untuk filem LEFTWINGS.


Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Monday, June 13, 2011

Hari Kedua Leftwings | Sesi Character Development & Script Reading

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kedua Leftwings | Sesi Character Development & Script Reading
Tarikh | 12 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang

Hari kedua dimulakan di mana para pelakon diajar asas lakonan dan juga mendalami proses pengembangan watak (character development) untuk membolehkan para pelakon memahami dengan lebih mendalam lagi tentang watak yang mereka lakonkan. Sesi ini dikendalikan oleh Sani Sudin (Kopratasa) dan Nasir Jani (Pengarah Kembara Seniman Jalanan).

Melalui sesi ini, para pelakon LEFTWINGS juga didedahkan kepada realiti hidup sebagai seniman disebalik kilauan glamor. Kalau betul-betul serius nak menyertai bidang ini, mental dan jiwa kena betul-betul kuat. Adakah mereka sudah bersedia?













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Pertama Leftwings | Sesi Ribut Otak (Brain Storming)

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Pertama Leftwings | Sesi Ribut Otak (Brain Storming)
Tarikh | 11 Jun 2011
Lokasi | Bandar Baru Ampang

Sesi ribut otak (Brain Storming) bersama Sani Sudin (Kopratasa) diadakan di Studio di Bandar Baru Ampang di mana sesi itu diadakan untuk membolehkan para pelakon LEFTWINGS menggali watak dan meghayati karektor watak yang bakal mereka lakonkan. Di samping itu mereka juga diberi taklimat oleh Chal mengenai hala tuju dan konsep filem ini.

Memandangkan mereka merupakan muka baru dengan pengalaman yang kosong di dalam bidang lakonan, mereka telah diminta mengekspresikan watak yang dipegang oleh mereka secara bebas dan mengikut persepsi mereka sendiri...

Berjayakah mereka menghayati watak yang diberikan kepada mereka? Kita tunggu dan lihat…












Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951