Thursday, July 14, 2011

Hari Ketiga puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 12

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 12
Tarikh | 13 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Babak untuk pengambaraan LEFTWINGS hari ini melibatkan Dino dan Purple dan babak ini agak istimewa sekali kerana ia akan menunjukkan ‘chemistry’ di antara kedua-dua watak ini melalui ‘duel’ gitar. Ini juga untuk menunjukkan hubungan tersirat kedua-dua watak ini melalui babak ini.

Babak ini merupakan babak yang paling sukar sekali kerana Dino dan Purple bukan sahaja perlu menunjukkan chemistry malah mereka juga perlu menyelaraskan bunyi ‘tune’ gitar mereka agar seimbang dan tidak melebihi petikan gitar antara satu sama lain.

Selain itu, abang Chal yang mementingkan kesempurnaan juga ingin mengambil seberapa banyak shot yang boleh dari angle yang berbeza untuk memberikan impak kepada babak ini dan disebabkan itu, pengambaraan mengambil masa yang agak lama kerana krew teknikal perlu menyusun semula posisi dan trail kamera mengikut apa yang abang Chal mahukan.

Pengambaraan hari ini berjalan dengan lancar tetapi baimana agaknya esok? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Wednesday, July 13, 2011

Hari Ketiga puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 11

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 11
Tarikh | 12 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pengambaraan LEFTWINGS hari ini agak istimewa sedikit kerana dua veteran yang sudah lama di dalam industri hiburan, Sani Sudin (Kopratasa) dan Ito (Blues Gang) bakal berkolaborasi di dalam babak ini. Sememangnya gabungan kedua-dua figura ini merupakan satu perkara yang jarang dapat dilihat.

Sesi rehearsal di antara abang Sani, abang Ito dan LEFTWINGS berjalan lancar dengan masing-masing berbincang bagaimana hendak memberikan lakonan yang berkesan di dalam babak ini dan bagaimana untuk masuk babak tanpa mengganggu lakonan pelakon lain.

Pada mulanya mungkin disebabkan abang Ito sudah lama tidak berlakon, maka babaknya diulang-ulang sehingga mencapai tahap yang dimahukan oleh abang Chal. Akan tetapi abang Ito berjaya menghayati wataknya sebagai Otai dalam masa yang singkat kerana watak Otai ini sememangnya dicipta khas untuk Ito.

Pengambaraan hari ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Bagaimanakah agaknya esok? Kita tunggu dan lihat nanti…
















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Tuesday, July 12, 2011

Hari Ketiga puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 10

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh satu Leftwings | Shooting LEFTWINGS 10
Tarikh | 11 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pengambaraan LEFTWINGS disambung lagi di gudang dan kali ini ia melibatkan babak di antara LEFTWINGS dan Ito (Blues Gang) yang berlakon sebagai Otai. Otai merupakan seorang pemilik studio jamming di gudang dan beliau menyokong sepenuhnya usaha LEFTWINGS yang ingin menjadi band rock terkenal seperti WINGS. Siapakah sebenarnya Otai? Tunggu sahaja cerita sebenarnya di dalam filem LEFTWINGS.

Selain itu, Helda Pilly yang melakonkan watak Purple juga turut datang ke gudang untuk berlatih dengan Dino dalam babak yang mana mereka perlu ber’duel’ menggoreng gitar. Babak ini merupakans alah satu babak yang penting dan akan menunjukkan chemistry di antara Dino dan Purple.

Pengambaraan berjalan dengan lancar dan hanya Cuma perlu diulang beberapa kali untuk setiap babak kerana abang Chal seorang pengarah yang teliti dan mementingkan kesempurnaan. Semuanya adalah demi memaastikan karya filem sulungnya berjaya menambat hati penonton untuk melihatnya. Semoga berjaya abang Chal.

Bagaimanakah agaknya esok? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Monday, July 11, 2011

Hari Ketiga puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 09

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Ketiga puluh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 09
Tarikh | 10 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Pembikinan LEFTWINGS kali ini dibuat di gudang LEFTWINGS bagi babak yang melibatkan lokasi set studio jamming LEFTWINGS. Krew teknikal sedang bertungkus lumus menyiapkan set pencahayaan yang akan digunakan untuk babak ini dan sementara itu pelakon LEFTWINGS sedang dimekapkan. Terdapat juga pelakon LEFTWINGS yang sedang menghafal dialog watak mereka terutama sekali Zouladeq yang memegang watak Dino.

Watak Dino merupakan watak yang paling berat sekali kerana Zouladeq perlu bermain dengan emosi dalaman, ekspresi muka dan juga bahasa badan untuk menjayakan watak ini. Ini kerana Dino adalah seorang pemuzik yang berfahaman kiri dan melawan arus industri mainstream. Boleh dikatakan Dino menjadi nadi utama jalan cerita LEFTWINGS tanpa disedari.

Disebabkan itu, Zouladeq terpaksa mengulangi beberapa kali babaknya disebabkan dia terlupa dialognya beberapa kali. Walaupun begitu, usaha Zouladeq tidak sia-sia dan patut dihargai kerana dia bersungguh-sungguh menghafal dialog wataknya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Bagaimanakah agaknya babak esok? Kita tunggu dan lihat nanti…













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Sunday, July 10, 2011

Hari Kedua puluh sembilan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 08

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh sembilan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 08
Tarikh | 09 Julai 2011
Lokasi | Ampang

Berlokasikan di sebuah banglo mewah di Ampang sebagai set untuk babak yang melibatkan abang Sani dan uncle Cheng Guan. Babak ini akan menceritakan tentang abang Sani yang berlakon sebagai Dol, seorang promoter yang terdesak dan memerlukan duit sehingga terpaksa berjumpa dengan Tan Ah Tek, seorang lanun cetak rompak. Kenapa Dol terdesak dan perlukan sangat duit? Tunggu dan saksikan sahaja babak ini di dalam filem LEFTWINGS.

Pengambaraan kali ini berjalan lancar dan tidak perlu mengambil banyak ‘take’ memandangkan kedua-dua pelakon ini sudah lama berlakon dan tahu apa yang abang Chal mahukan. Kecuali waktu hujan yang menyebabkan pengambaraan terpaksa ditunda selama tiga jam dan cuaca yang mendung menyebabkan cahaya matahari tidak kuat dan ini memaksa krew teknikal bertungkus lumus meningkatkan kawalan cahaya bagi babak ini.

Boleh dikatakan hari ini berjalan lancar dan semoga pengambaraan esok juga akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah…











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951