Thursday, July 7, 2011

Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 05

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 05
Tarikh | 06 Julai 2011
Lokasi | Pandan Indah

Pengambaraan hari ini berlokasikan di sebuah kedai hand-phone di Pandan Indah di mana kedai itu akan menjadi set untuk Rizal (Wan) bekerja. Watak Rizal adalah seorang pekerja di kedai membaiki telefon bimbit dan babak ini adalah untuk memperkenalkan kehidupan peribadi Rizal kepada penonton bagi membolehkan penonton memahami dengan lebih mendalam mengenai watak dan konflik yang dialami oleh Rizal.

Disebabkan ruang yang terhad, maka abang Chal menggunakan kreativiti kedudukan kamera untuk mendapatkan shot yang terbaik untuk babak ini. Babak ini terpaksa diulang beberapa kali kerana abang Chal kurang berpuas hati dengan ekspresi muka Rizal yang tidak menunjukkan yang dia sedang di dalam keadaan jiwa kacau disebabkan oleh masalah peribadinya.

Selain dari itu, abang Sani juga turut berlakon di dalam filem ini sebagai Dol, seorang promoter konsert. Hari ini menjadi milik abang Sani kerana dia berjaya menunjukkan lakonan dan ekspresi muka yang lucu dan selamba semasa melakonkan wataknya. 

Ribuan terima kasih kepada pihak MBI dan Kafe Black & White di Pandan Indah kerana membenarkan LEFTWINGS menggunakan premis mereka sebagai set pengambaraan LEFTWINGS.

Esok, siapakah pelakon ataupun krew yang akan mencuri tumpuan esok? Kita tunggu dan lihat…

















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kedua puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 04

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 04
Tarikh | 05 Julai 2011
Lokasi | Ampang

Memandangkan semalam merupakan hari off-day kerana krew LEFTWINGS kepenatan terpaksa bekerja sehingga pukul 5 pagi. Hari ini ‘shooting’ bertempat di Ampang dan berlokasikan sebuah pejabat yang menjadi set untuk pejabat Dino bekerja. Syarikat penerbitan majalah Dino bernama Batu Golek Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang menerbitkan majalah batu (Rock) tempatan di mana Dino bekerja di sana bersama Purple.

Pengambaraan pada awalnya bermula dengan lancar sehinggalah krew LEFTWINGS mengalami masalah dengan gangguan bunyi dari motor dan kereta yang secara tiba-tiba memasuki kawasan set lokasi pengambaraan LEFTWINGS. Ini menyebabkan babak di mana Dino sampai lewat ke pejabatnya terpaksa diulang-ulang semula hampir 6 atau 7 kali.

Walaupun begitu, Dino berjaya menunjukkan lakonan yang memberasangkan di dalam satu babak penting yang menentukan haluan hidup Dino di dalam jalan cerita LEFTWINGS.

Esok, siapakah pelakon ataupun krew yang akan mencuri tumpuan esok? Kita tunggu dan lihat…




Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951


Wednesday, July 6, 2011

Hari Kedua puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 03

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh tiga Leftwings | Shooting LEFTWINGS 03
Tarikh | 03 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Hari ketiga pengembaraan LEFTWINGS dan hari ini mereka akan melakukan babak yang paling sukar sekali di mana pencahayaan memainkan peranan utama untuk mencapai tahap yang dimahukan oleh abang Chal.

Jujur dikatakan, ini merupakan babak yang paling susah di mana tahap kesukaran penggunaan system cahayanya paling susah. Ia adalah sama sukar dengan bagaimana seorang jurufoto menggunakan set pencahayaan di studio untuk mencapai keseimbangan cahaya supaya cahaya itu nampak ‘natural’ dan tidak ‘over-expose’ di dalam gambar. Begitu juga sukarnya babak ini kerana 90% cahaya yang digunakan adalah berwarna biru.

Selain daripada itu, kesilapan mudah yang dilakukan oleh pelakon LEFTWINGS juga mungkin disebabkan oleh tahap tekanan yang dirasai oleh mereka untuk mencapai ‘standard’ yang abang Chal mahukan.

Watak utama yang mencuri tumpuan hari ini adalah krew set pencahayaan kerana mereka memberikan 200% komitmen dan usaha untuk menyediakan prop cahaya yang dimahukan oleh abang Nasir. Walaupun tugas yang diberikan ini adalah sangat mustahil, akan tetapi mereka berjaya melakukannya dan hasilnya juga agak ‘superb’. 

Agaknya siapakah yang akan berjaya mencuri tumpuan esok? Kita tunggu dan lihat…












Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Monday, July 4, 2011

Hari Kedua puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 02

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



Hari Kedua puluh dua Leftwings | Shooting LEFTWINGS 02
Tarikh | 02 Julai 2011
Lokasi | Damansara

Hari kedua pengembaraan LEFTWINGS yang tidak berjalan dengan lancar disebabkan beberapa masalah seperti system bunyi tidak berfungsi, fius penyalur elektrik terbakar, masalah timing semasa shooting babak penting LEFTWINGS serta lakonan yang tidak mencapai kehendak dan tahap yang dimahukan oleh abang Chal.

Ini menyebabkan pengambaraan berjalan agak lama dari yang dijangkakan demi mencapai apa yang abang Chal mahukan di dalam filem ini. Masalah yang dihadapi seperti di atas juga adalah salah satu sebab pengambaraan hari ini habis dengan agak lambat.

Walaupun setiap pelakon dan krew LEFTWINGS sudah agak keletihan, akan tetapi mereka memberikan komitmen dan bersungguh-sungguh menjayakan babak ini kerana babak ini merupakan salah satu babak yang terpenting di dalam jalan cerita LEFTWINGS yang mana ia akan menjelaskan asal-usul penubuhan band LEFTWINGS.

Watak utama yang berjaya mencuri tumpuan hari ini adalah krew di sebalik tabir pembikinan LEFTWINGS kerana mereka bersungguh-sungguh menjayakan babak ini mengikut apa yang dimahukan oleh abang Chal.


Siapakah watak utama yang akan mencuri tumpuan esok? Kita tunggu dan lihat…











Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951