Tuesday, June 28, 2011

Hari Ketujuh belas Leftwings | Latihan Tomoi dan Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Ketujuh belas Leftwings | Latihan Tomoi dan Rehearsal
Tarikh | 27 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Lagi 4 hari sebelum pengembaraan dimulakan dan debaran sudah mula dirasai di kalangan pelakon dan krew LEFTWINGS. Pagi ini dimulakan dengan sesi latihan tomoi di antara pelakon LEFTWINGS dan instructor Maszlin yang memantau serta melatih pelakon LEFTWINGS asas seni mempertahankan diri tomoi. Latihan berjalan dengan lancar di mana kesemua pelakon LEFTWINGS telah berjaya menguasai asas seni mempertahankan diri tomoi dan mereka hanya cuma perlu kerap berlatih gerakan asas tomoi yang akan digunakan di dalam babak pergaduhan LEFTWINGS.

Pada malamnya, sesi rehearsal dilakukan di bawah kendalian abang Sani di mana Aweera dan Shiqin Kamal diminta melakonkan babak konflik diantara mereka yang melibatkan band LEFTWINGS. Setakat ini, mereka masih belum dapat membina ‘chemistry’ yang dapat meyakinkan penonton bahawa mereka betul-betul adalah pasangan yang sedang bercinta.

Berjayakah hero dan heroin utama LEFTWINGS membina chemistry di antara mereka sebelum pengembaraan sebenar dimulakan? Lagi 4 hari lagi dan kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi esok…















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Monday, June 27, 2011

Hari Keenam belas Leftwings | Rehearsal

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Keenam belas Leftwings | Rehearsal
Tarikh | 26 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Sudah hari keenam belas dan tinggal lagi 5 hari sebelum pengambaraan dimulakan. Disebabkan abang Chal dan abang Nasir perlu mengendalikan urusan penting mengenai proses di sebalik tabir LEFTWINGS, maka latihan rehearsal hari ini dikendalikan oleh abang Sani.

Latihan kali ini akan memfokuskan kepada babak penting di dalam LEFTWINGS di mana babak ini melibatkan Dino dan rakan sekerjanya, Purple (Hilda Pilly). Babak ini di anggap penting kerana ia merupakan babak klimaks yang akan menentukan jatuh bangun jalan cerita LEFTWINGS.

Disebabkan itu, latihan terpaksa dilakukan berulang-ulang kali untuk mendapatkan ‘feel’ yang sebenar untuk menjayakan babak ini. Disebabkan Zouladeq gagal mencari ‘feel’ dan gaya lakonan yang sesuai untuk menghidupkan babak ini, abang Sani telah memberi tunjuk ajar bagaimana hendak menghidupkan babak ini dan bagaimana hendak meng’improvise’kan jalan cerita babak ini.

Berjayakah Zouladeq dan Hilda Pilly menjayakan babak ini? Kita tunggu dan lihat…















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Sunday, June 26, 2011

Hari Kelima belas Leftwings | Pembinaan set fasa kedua

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll



 
Hari Kelima belas Leftwings | Pembinaan set fasa kedua
Tarikh | 25 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Fasa kedua pembinaan set LEFTWINGS berjalan dengan lancar di bawah kendalian Prop Master LEFTWINGS, Muda Emmiefendy. Terdapat banyak benda yang perlu diubah dan dicat bagi mengikut kehendak jalan cerita LEFTWINGS. Selain daripada itu, rangka asas untuk set jamming LEFTWINGS juga sudah disiapkan dan sedang di dalam proses ‘finishing touch’.

Bagaimana agaknya rupa set jamming LEFTWINGS? Kita tunggu dan lihat…
















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Keempat belas Leftwings | Pembinaan Set Fasa Pertama

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Keempat belas Leftwings | Pembinaan Set Fasa Pertama
Tarikh | 24 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Set Studio LEFTWINGS sedang melalui fasa peringkat pertama yang mana sebahagian bahagian dalam dan luar dinding gudang perlu dicat mengikut kehendak abang Nasir dan juga Chal. Set studio jamming LEFTWINGS juga sedang di dalam proses pembinaan oleh Prop Master LEFTWINGS, Muda Emmiefendy.

Selain itu, abang Nasir dan abang Chal juga sedang ditemubual oleh Abror Rivai mengenai proses pembikinan LEFTWINGS dan sejarah terciptanya sebuah cerita tentang LEFTWINGS. Terdapat banyak cerita disebalik penciptaan skrip LEFTWINGS melalui penjelasan abang Nasir dan Chal.

Semoga pembinaan set ini berjalan lancar dan dapat disiapkan tepat pada masanya.













Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951

Hari Kelima belas Leftwings | Latihan tomoi

LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll


Hari Kelima belas Leftwings | Latihan tomoi
Tarikh | 25 Jun 2011
Lokasi | Damansara

Hari ini, sesi rehearsal dibatalkan memandangkan abang Sani dan abang Chal sibuk dengan persediaan set dan props untuk filem LEFTWINGS. Disebabkan itu, sesi latihan tomoi diadakan dari pagi sehingga petang. Para pelakon utama LEFTWINGS termasuk Shiqin Kamal menyertai sesi latihan tomoi ini untuk memantapkan stamina dan persediaan dari segi fizikal untuk watak mereka.

Sesi latihan diadakan secara santai dan penuh humor walaupun latihannya agak ‘keras’ sekali di bawah instructor tomoi, akan tetapi pelakon LEFTWINGS sudah bersiap-sedia untuk menghadapinya. Hasilnya, mereka sudah berjaya memahami asas gerakan tomoi.

Bagaimanakah hasil latihan mereka untuk babak bergaduh nanti? Kita tunggu dan lihat…
















Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & Roll…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951