Klip di sebalik tabir memaparkan casts, crews and locations dilatari oleh lagu bertajuk "Ibu" nyanyian Wings semasa pengambaran filem ini di Aswara. Lagu Ibu merupakan nyanyian asal dari band lagenda Blues Gang.
Tuesday, April 3, 2012
Thursday, August 18, 2011
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Pengambaran filem LEFTWINGS telah selesai pada 7 Ogos 2011 yang lalu. Sekarang filem LEFTWINGS memasuki proses editing. Kami dari dari tenaga kerja produksi LEFTWINGS dan juga tenaga kerja Bagus Tiasa Sdn. Bhd. mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung Page Rasmi LEFTWINGS. Maaf Zahir dan Batin.
Di sini kami sertakan sekali sebuah video yang dirakam semasa pengambaran kami di ASWARA bersama band rock legenda, WINGS.
Saturday, August 13, 2011
Hari Kelima puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 35
LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & RollHari Kelima puluh lapan Leftwings | Shooting LEFTWINGS 35
Tarikh | 07 Ogos 2011
Lokasi | Damansara
Babak ini bertempat di sebuah chalet yang ditaja oleh Chalet Rimba Jinbara. Babak ini merupakan babak klip video Dino berdurasi 2 minit lebih yang mana ia menceritakan saat-saat Dino sedang mencipta lagu barunya, Kiri Kanan untuk LEFTWINGS.
Uniknya tentang klip video ini ialah ia tidak akan menunjukkan sepenuhnya lagu penuh Kiri Kanan. Ini bagi mencipta unsur saspen dan teruja di kalangan bakal penonton. Babak ini merupakan babak terakhir untuk filem ini dan ini bermaksud hari ini merupakan hari terakhir pengambaraan.
Pengambaraan berjalan dengan lancar dan ditamatkan dengan suasana yang riang dan gembira kerana berjaya menyiapkan filem ini selepas dua bulan lebih bekerja keras menyiapkannya. Tahniah kepada para pelakon dan krew LEFTWINGS yang terlibat di dalam pembikinan filem ini….
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951
Hari Kelima puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 34
LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & RollHari Kelima puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 34
Tarikh | 06 Ogos 2011
Lokasi | Kuala Lumpur
Babak ini dibuat di dua buah lokasi yang berlainan di Kuala Lumpur. Apa yang menariknya mengenai babak ini adalah ia merupakan babak penamat dan juga babak tambahan yang ditambah pada saat-saat terakhir untuk memberikan impak kepada filem ini dan juga menjawab persoalan yang membelenggu fikiran bakal penonton.
Babak ini akan menjawab segala persoalan dan juga menerangkan apakah yang sudah berlaku sebenarnya dengan LEFTWINGS. Nantikan tayangannya untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai babak ini…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951
Hari Kelima puluh tujuh Leftwings | Shooting LEFTWINGS 33
LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & RollHari Kelima puluh enam Leftwings | Shooting LEFTWINGS 33
Tarikh | 05 Ogos 2011
Lokasi | ASWARA
Kali ini giliran LEFTWINGS membuat persembahan di ASWARA dan ini merupakan babak terakhir yang dibuat di ASWARA dan selepas ini babak terakhir akan dibuat di lokasi lain. Kali ini LEFTWINGS akan membuat persembahan dengan lagu yang slow-rock ballad bertajuk Kiri Kanan yang dicipta oleh Dino dan Rizal manakala liriknya pula dicipta oleh anggota band LEFTWINGS.
LEFTWINGS tidak mempunyai masalah untuk babak ini dan mereka juga nampak enjoy bersama pelajar ASWARA yang turut terlibat sebagai pelakon tambahan untuk babak ini. Lagu baru LEFTWINGS ini agak sedap didengar dan tidak hairanlah sekiranya lagu ini meletup dan boleh pergi jauh selepas filem ini ditayangkan.
Good Luck kepada LEFTWINGS…
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951
Saturday, August 6, 2011
Hari Kelima puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 32
LEFTWINGS
Tak Rugged Kalau Hidup Tak Rock & RollHari Kelima puluh lima Leftwings | Shooting LEFTWINGS 32
Tarikh | 04 Ogos 2011
Lokasi | ASWARA
Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa kerana WINGS membuat kemunculan khas sekali lagi dan kali ini mereka akan membuat persembahan di ASWARA khas untuk babak ini. Tidak dinafikan WINGS membawa pengaruh yang sangat besar untuk babak ini kerana telah berjaya menarik perhatian pelajar ASWARA untuk menyertai babak ini sebagai pelakon tambahan dan di samping itu mereka juga dapat menikmati persembahan WINGS secara khas untuk mereka.
Pengambaraan kali ini berjalan dengan sangat lancar di mana semua pelakon, krew dan juga pelajar ASWARA sangat ‘enjoy’ dengan persembahan WINGS malah showmanship Awie WINGS juga sangat superb dan menghiburkan.
http://www.facebook.com/pages/Leftwings/161114957287951
Subscribe to:
Posts (Atom)